My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 28 March 2015

    TINDAKAN BIADAB KUMPULAN #KITALAWAN EDISI KAHWIN

    Himpunan di Kompleks Sogo hari ini menyaksikan kehadiran kira-kira 200 orang yang masih tegar mahu merosakkan majlis resepsi anak Perdan Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Mereka mula berhimpun sekitar Kompleks Sogo sekitar jam 3 petang taddi dengan membawa sepanduk NAJIB TURUN, NAJIB PEMBUNUH, GST MEMBEBANKAN dan macam-macam lagi.

    Sekitar jam 4 petang, kelompok ini mula berhimpun di hadapan Kompleks Sogo dengan melaung-laungkan Najib Turun, Rosmah Turun dan pelbagai bahasa kesat dan penuh retorik. Tindakan mereka ini jelas mengganggu pengunjung yang berkunjung di Kompleks berkenaan malah menimbulkan kesesakan jalanraya yang teruk di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

    Kira-kira jam 5 petang tadi kelompok sengal ini bergerak menuju ke KLCC bertujuan mengganggu kelancaran majlis resepsi perkahwinan anakanda Dato Seri Najib. Nampaknya, kelompok ini benar-benar kebal undang-undang sehingga tidak mempedulikan amaran Ketua Polis Negara agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Semoga tindakan keras dan proaktif dari pihak polis dapat membendung dan menghukum manusia-manusia yang tidak bersyukur sebegini.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TINDAKAN BIADAB KUMPULAN #KITALAWAN EDISI KAHWIN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top