My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 28 March 2015

    APA ITU GST

    Untuk lebih memahami apa itu GST, renungkan penerangan ringkas tentang GST ini.

    1. GST ialah satu sistem percukaian yang lebih efisien untuk formula kutipan dan pembayaran cukai dengan lebih tersusun dan lebih cekap.

    2. 80% negara di dunia telah menggunakan sistem ini sejak 20 tahun lepas.

    3. GST bukanlah satu formula pencukaian yang baru dan formula cukai ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan.

    Sistem formula GST tidak pernah menjanjikan jika system ini digunakan maka harga barangan akan dapat direndahkan .

    Sistem GST ini tidak disukai peniaga runcit kerana mereka kini tidak lagi dapat menipu hasil jualan mereka yang perlu dicukai.

    Rakyat kini membayar terus kepada kerajaan cukai barangan yang mereka beli dan peniaga tidak lagi boleh menipu untuk kurangkan hasil jualan dalam borang perisytiharan hasil jualan.

    4. Rakyat harus tahu punca punca kenaikan harga barangan adalah akibat daripada ;

    A. Tekanan harga pasaran
     
    B. Tindakan peniaga runcit dan pemborong menetapkan harga mengikut kepentingan mereka.

    5. Sistem GST harus dibenarkan beroperasi utk melihat sejauh mana pro dan kontranya kepada kesan harga barangan dan manipulasi para peniaga keatas pengguna.

    6. Sistem GST mendatangkan kebaikan kepada pihak kerajaan dalam urusan kutipan cukai dan kekukuhan dalam melindungi kawalan harga pasaran barangan daripada dikawal peniaga.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: APA ITU GST Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top