My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 2 March 2015

    HIDANGAN TERMAHAL UNTUK KETUA NEGARA

    Seekor gajah di tembak mati hanya untuk menjadi santapan eksotik bagi seorang Presiden. Pada ulangtahun beliau yang ke 91, Robert Mugabe "menumbangkan" seekor gajah bagi santapan kira-kira 2,000 orang tetamu yang hadir pada majlis Presiden berkenaan.

    Tidak hanya sekadar seekor gajah malah para pekerja yang meraikan Mugabe juga dijangka akan menumbangkan seekor lagi gajah, seekor singa, seekor buaya dan 40 ekor lembu bagi tujuan berkenaan. Kos keseluruhan majlis berkenaan di anggarkan menelan belanja AS$1 juta. Walaubagaimanapun, gajah, buaya dan singa berkenaan di sumbangkan oleh seorang peladang yang begitu menghormati Presiden berkenaan.

    Robert Mugabe menjadi Presiden Zimbabwe pada Disember 1984 dan memerintah negara berkenaan mengikut kehendaknya. Satu ketika dahulu Zimbabwe merupakan sebuah negara Afrika yang pesat membangun. Akan tetapi corak pemerintahan Mugabe yang tidak mesra barat membawa kelemahan ekonomi Zimbabwe sehingga menyebabkan kadar oengangguran negara berkenaan meningkat. Walaubagaimanapun kelibat beliau masih di hormati dan di kagumi oleh negara di rantau berkenaan

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HIDANGAN TERMAHAL UNTUK KETUA NEGARA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top