My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 March 2015

    MH 370 - PENCARIAN YANG PANJANG

    Menerusi Buletin Utama sebentar tadi, Malaysia dan Australia menyatakan komitmen masing-masing dalam meneruskan usaha pencarian. Berita ini sedikit sebanyak melegakan hati waris penumpang yang masih tertunggu-tunggu khabar berita tentang mangsa-mangsa yang terlibat.

    Usaha yang telah menelan belanja AS$93 juta ini jelas masih belum ada pemutus. Cuma pihak Australia Trasportation Security Bareau (ATSB) semalam menyatakan sesuatu yang memang agak mengejutkan. Mereka jelas begitu yakin pesawat ini akan dijumpai tidak lama lagi menerusi kiraan 5 orang pakar matematik dari seluruh dunia.  Pada pengiraan pakar ini menunjukkan lokasi terakhir pesawat ini berada adalah di selatan Lautan Hindi yang begitu terpencil. Lokasi yang di gelar The 7 Arc ini mencakupi keluasan hampir 66,000km persegi. Di beritakan kesemua kapal pencarian sudah tiba di lokasi berkenaan dan usaha pemetaan dan pencarian dilakukan 24 jam sehari 7 hari seminggu tanpa henti sehingga petunjuk baru peaawat berkenaan di perolehi.

    Sementara itu laman web ATSB juga kini sedang menguploadkan data-data terkini tentang usaha pencarian. Penulis sempat melayari laman web berkenaan dan melihat sendiri mereka sentiasa update situasi terkini. Dilaman utama, laman web ini jelas menyatakan komitmen seperti yang diminta oleh Wisma Putra dalam meneruskan usaha pencarian.

    Semoga usaha ini di permudahkan. ALFATIHAH

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MH 370 - PENCARIAN YANG PANJANG Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top