My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 March 2015

    UNDANG-UNDANG TIDAK MENGENAL SIAPA

    Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menangis ketakutan akibat dari tindakan polis yang mengugut merampas basikal miliknya kerana melakukan kesalahan menunggang basikal di laluan pejalan kaki.

    Kejadian ini berlaku di Grantham, Lincolnshire England ini menarik perhatian kedua ibu bapa Sophie Lindley serta kejiranan mereka kerana beranggapan tindakan polis berkenaan jelas mengarut dan tidak masuk akal. Semasa kejadian, Sophie ditemani bapanya Dale Lindley sedang bersiar-siar apabila secara tiba-tiba seorang polis menahan mereka sebelum mengeluarkan ancaman berkenaan.

    Ibunya, Emma Stephenson memberitahu, mereka akur akan kesalahan anak mereka akan tetapi menganggap tindakan berkenaan jelas tidak masuk akal kerana menggap ancaman berkenaan amat tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun. Pihak polis Lincolnshire pula memberitahu mereka memohon maaf tetapi menegaskan keselamatan pejalan kaki kekal keutamaan mereka.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: UNDANG-UNDANG TIDAK MENGENAL SIAPA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top