My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 8 March 2015

    PENYERTAAN BANGSA CINA DAN INDIA DALAM HIMPUNAN SOGO

    Jika sebelumini amat sukar untuk melihat penyertaan kaum cina dalam perhimpunan sebegini tetapi kini sudah menunjukkan trend luar biasa. Kaum Cina didapati jelas mahu menyertai himpunan ini walaupun secara luarannya tiada campur tangan DAP sebagai parti tonggak dalam Pakatan Rakyat dalam himpunan ini.

    Apa yang penulis perhatikan, Dewan Perniagaan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor ada menyertai himpunan ini. Begitu juga Parti Sosialis Malaysia. Manakala DAP menghantar wakil gerak kerja mereka selaku bayangan terhadap semua ini.

    Jika di amati, terdapat unsur aneh dalam penyertaan Kaum Cina dalam himpunan sebegini. Beberapa siri himpunan, jika tiada penglibatan DAP, adalah amat sukar untuk kita lihat mereka bersama-sama dalam meramaikan sesuatu himpunan. Malah tiada langsung penglibatan Dewan Perniagaan Cina. Tetapi hari ini sudah menampakkan kelainan. Dengan MCA dan Gerakan kini lebih cenderong ke arah DAP, kaum ini mula mengambil kesempatan keatas gerakan liberalism sebegini.

    Penyertaan kaum India sudah lama berlaku. Cuma kali ini mereka semakin lantang bersuara dalam menentang kerajaan. Salah satu penyumbang dalam hal ini adalah MIC sendiri bergolak dan tiada hala tuju. Manakala MCA dan Gerakan seolah-olah menjadi duri dalam daging kepada Barisan Nasional

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PENYERTAAN BANGSA CINA DAN INDIA DALAM HIMPUNAN SOGO Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top