UMNO hari ini telah memecat 2 orang ahlinya berikutan keputusan mereka untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N06 Chempaka sebagai calon bebas pada penamaan calon baru-baru ini.
En Sharif Mahmood, 59 merupakan anggota UMNO di cawangan Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar, Jeram Tekoh, Gua Musang manakala Fadzillah Hussin, 55 merupakan anggota UMNO cawangan Kepala Batas, Tumpat.
Tindakan mereka ini jelas bertentangan dengan peraturan parti untuk bertanding sebagai calon Bebas pada mana-mana pilihanraya. Surat pemecatan telah dikeluarkan Ibu Pejabat UMNO semalam dan di tandatangani oleh Setiausaha Agung parti, Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pada Pilihanraya Kecil ini, 5 calon telah mengemukakan percalonan masing-masing iaitu Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, 42 tahun mewakili PAS dan 4 orang calon Bebas iaitu Izat Bukhary 48 tahun, bekas calon Bebas DUN Pengkalan Kubor, Aslah Mamat 64 tahun, pesara Kerajaan, Sharif Mahmood 59 tahun dan Fadzillah Hussin 55 tahun.
0 comments:
Post a Comment