My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 March 2015

    HASRAT BAGINDA SULTAN JOHOR SEMPENA PERTABALAN BAGINDA

    Isnin, 23hb Mac 2015 akan berlangsung satu lagi sejarah unik bagi Malaysia. Bertempat di Istana Besar, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Istiadat Pertabalan menaiki Tahta akan berlangsung. Pertabalan Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan ke 25 dalam sejarah Johor dan ke 5 dalam sejarah Johor moden adalah yang pertama selepas 55 tahun dengan kali terakhir di langsungkan semasa pertabalan Sultan Ismail pada tahun 1960.

    Sultan Ibrahim Ismail di puterakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan baginda merupakan anak sulung dari 10 orang adik beradik. Baginda telah di lantik sebagai Tunku Mahkota pada 4 Julai 1981 dan pernah memangku Sultan Johor semasa Almarhum ayahanda baginda dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong yang kelapan.

    Baginda telah mengahwini Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Idris Shah II, Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 1982. Pasangan Di Raja ini dikurniakan 6 orang cahayamata iaitu 5 orang putera dan seorang puteri.

    Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Ibrahim menzahirkan keinginan baginda mahu melihat Johor di kenali di mata dunia, maju dan berkembang supaya mampu menarik pelabur asing datang ke negeri Johor. Keazaman baginda dibuktikan menerusi kprihatinan baginda terhadap Iskandar Malaysia, memantapkan infrastruktur Johor Bahru dan sekitar, memantau hasil kerja semua wakil rakyat yang mewakili setiap kawasan di Johor, memastikan kejujuran dan keikhlasan para wakil rakyat serta Menteri Besar dan baginda juga berhasrat mahu mewujudkan sebuah kolej yang menghimpunkan tenaga mahir dari kalangan anak jati Johor itu sendiri.

    Baginda juga sentiasa dididik oleh Almarhum Ayahanda baginda tentang perlunya bekerja keras untuk mencapai sesuatu. Sentiasa menghormati orang tua dan baginda juga dilatih supaya sentiasa berkhidmat kepada rakyat. Itulah sebabnya ada dikalangan rakyat Negeri Johor menghantar surat kepada baginda bagi meminta tolong akan sesuatu perkara.

    Dalam pada itu, Pihak Polis Di Raja Malaysia akan menempatkan kira-kira 1,200 orang anggota pelbagai pangkat bagi menjamin kelicinan Istiadat ini. Semoga Allah melimpahkan Rahmatnya keatas rakyat Negeri Johor dan Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HASRAT BAGINDA SULTAN JOHOR SEMPENA PERTABALAN BAGINDA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top