My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 March 2015

    HUDUD-KENAPA DAP DAN PKR MEMPERTIKAIKANNYA

    Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan tahniah dan syukur Alhamdullillah atas kejayaan Negeri Kelantan dalam melukuskan rang undang-undang berkaitan hukum hudud. Malah penulis mengucapkan tahniah kepada kedua-dua buah parti politik yang menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana sepakat menyokong rang undang-undang ini dilaksanakan.

    Cuma apa yang melucukan, kenapa DAP, MCA dan GERAKAN seolah-olah sepakat menentang sebarang usaha PAS dan UMNO dalam membawa isu ini ke Parlimen. Sebenarnya mereka sedar bahawa hukum ini tidak melibatkan mereka langsung. Tapi dalam isu ini DAP menerusi Lim Guan Eng seolah-olah mahu menjadi jaguh menerajui penentangan ini. Kenapa DAP berterusan mahu undang-undang ini tidak dilaksanakan sedangkan pemimpin berbangsa cina yang lain seperti Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Dato Huan Cheng Guan langsung tidak melatah?

    Jawapan pada persoalan ini amat mudah. PAS adalah salah sebuah parti berkonsepkan Islam kedua terbesar di Malaysia. Malah PAS juga merupakan antara kompenen terpenting dalam Pakatan Rakyat. Misi mereka hanya satu. Menjatuhkan BARISAN NASIONAL dengan apa cara sekalipun. Tapi malangnya visi mereka berbeza. PAS berkeras mahu melaksanakan hudud sedangkan DAP mahu menjadikan Malaysia sebuah Republik dan mahu kembali bergabung dengan PAP di Singapura. Bagaimana mungkin DAP mahu membenarkan hudud dilaksanakan sedangkan mereka mengidamkan Putrajaya dan mahu lebih sekular?

    Dalam satu kenyataan satu ketika dahulu, bekas pengerusi DAP, Karpal Singh pernah menyatakan over my dead body jika PAS mahu melaksanakan hudud. Disini kita dapat mengetahui apa pendirian DAP dalam isu ini. DAP sebenarnya amat takut kehilangan undi Kaum Melayu menerusi PAS jika PAS memilih untuk mesra UMNO dalam membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen. Kesepakatan kaum Melayu nanti akan menyebabkan mereka kehilangan banyak undi yang mana PKR tidak akan mampu menampungnya. Satu-satunya jalan DAP menyelamatkan keadaan ialah memperkasakan PASMA, menyokong penuh PKR dengan meliberalisasikannya dan menarik semula sokongan MCA dan GERAKAN supaya bersatu di bawah panji DAP. Andai ini gagal, DAP akan kekal menjadi parti rasis seperti mana DAP di bawah Lim Kit Siang.

    Umum tahu DAP juga seolah-olah mencabar undang-undang. Bukan seorang Yang Berhormatnya di rakam sedang berjudi. Malah ada diantaranya pemilik rumah-rumah urut, kedai judi malah ada yang melindungi kongsi gelap yang kebanyakannya kaum Melayu dan India. Trend DAP mudah. Buat apa sahaja asal tiada penyatuan di kalangan rakyat Malaysia. Menerusi hudud, terdapat satu klausa dimana perlunya penyatuan mereka yang beragama ISLAM dimana yang bukan Islam tidak tertakluk pada undang-undang ini. Inilah yang paling di bimbangi DAP. Tambahan pula, ikon mereka Lee Kwan Yew baru sahaja meninggal dunia. Jadi idealogi mediang Lee hanya akan di dokong oleh Lim famili dan boleh dikatakan, idealogi autokratik ini amat bahaya untuk Malaysia di masa hadapan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HUDUD-KENAPA DAP DAN PKR MEMPERTIKAIKANNYA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top