My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 28 March 2015

    PAN BORNEO-MERCU TANDA BARU TANAH BORNEO

    Jika sebelum ini, jika di sebut Sabah dan Sarawak, apa yang juak-juak pembangkang jaja adalah kemunduran. Mereka membayangkan warga Borneo masih minum dalam cawan buluh, bercawat dan masih tinggal di atas pokok, seumpama warga Papua dan puak asli Amazon. Walau di beri penerangan dan di tunjukkan apa yang ada di Borneo, mentaliti puak pembangkang dan sesetengah warga Semenanjung jelas sukar di ubah.

    Inisiatif kerajaan meneruskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang di bina dari Sematan, Sarawak sehingga Kudat, Sabah dan Tuaran, Sabah sehingga Tawau, Sabah jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional bagi memajukan lagi infrastruktur yang ada di Tanah Borneo. Mengambil contoh perjalanan dari Kuching ke Miri, Sarawak mengambil masa sehingga 15 jam, dengan terbinanya lebuh raya ini perjalanan dapat di singkatkan sehingga 40%.

    Apa yang pasti semua kegiatan ekonomi jelas dapat di tingkatkan  dan secara automatiknya taraf ekonomi penduduk peribumi di sana juga dapat di tingkatkan. Lebuh raya yang menghubungkan setiap bandar besar ini juga dapat menangkis sebarang dakyah yang mengatakan Kerajaan membelakangkan Borneo selepas terdapat dakwaan mengatakan Kerajaan hanya tahu menarah hasil bumi Borneo untuk memajukan Tanah Besar Semenanjung. Lebih menarik lagi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem mengumumkan tiada tol di kenakan kepada pengguna lebuh raya ini di Sarawak. Sekalung tahniah di ucapkan kepada warga Borneo dan Kerajaan atas pembinaan ini. Semoga pembinaan ini dapat merapatkan lagi hubungan antara Sabah, Sarawak dan juga kerajaan pusat

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PAN BORNEO-MERCU TANDA BARU TANAH BORNEO Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top