My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 31 March 2015

    MENCARI KERETA IDAMAN- SEGMEN PROTON

    Jika anda mencari kereta idaman anda yang bersesuaian dengan bajet anda, mungkin ini dapat membantu anda dalam menilai kesesuaian bajet anda. Segmen kereta pagi ini mampu untuk anda mengenali dan memahami produk Proton yang ada di pasaran sekarang.

    PROTON SAGA

    Sebuah kereta yang paling menjimatkan bulanan anda. Dengan pembayaran bermula dari RM 386 sebulan, kereta ini juga adalah kesinambungan model terdahulu yang pernah di keluarkan oleh Proton. Di lengkapi dengan 2 bag udara untuk semua varian, kereta ini juga menjanjikan penjimatan penggunaan petrol (bergantung kepada penggunaan). Di datangkan dengan 3 varian, 6 pilihan warna juga boleh di pilih. Warna yang di tawarkan adalah Tranqility Black, Genetic Silver, Solid White, Fire Red, Blue Rock dan Elegance Brown. Tentang pinjaman, bergantung kepada kelayakan, pinjaman penuh juga boleh di sediakan. Harga atas jalan adalah :

    Saga SV 1.3 Manual     -     RM 35,485.30
    Saga SV 1.3 CVT         -     RM 37,485.30
    Saga Exec 1.3 Manual  -     RM 42,488.00
    Saga Exec 1.3 CVT      -     RM 45,048.00
    Saga SE 1.6 CVT         -     RM 49,742.35

    PROTON PERSONA

    Di ciptakan dengan prestasi tetapi masih mengekalkan penggunaan minyak yang agak ekonomi, Proton Persona menjanjikan pemanduan yang lain dalam kelasnya. Di reka supaya pemanduan lebih efisyen dan stabil di atas jalanraya, Persona juga di datangkan dengan 2 bag udara serta di lengkapi dengan ABS dan EBD untuk lebih keselamatan sewaktu memandu. Walaupun di reka untuk pemanduan ekonomi, daya pecutan juga tidak mengecewakan. Di datangkan dengan 2 varian dan 6 pilihan warna (Tranquility Black, Solid White, Bronze Garnet, Genetic Silver, Chiffon Green dan Antlantic Blue), untuk 1.6cc, model ini jelas tidak membebankan dari segi bulanan. Hanya bermula dari RM 485 sebulan untuk 9 tahun berikut merupakan senarai harga untuk model ini :

    Persona SV 1.6 Manual     -     RM 45,518.65
    Persona SV 1.6 Auto         -     RM 48,518.65
    Persona Exec 1.6 Manual  -     RM 50,505.15
    Persona Exec 1.6 Auto      -     RM 53,505.15

    PROTON IRIZ

    Sebuah Model keluaran terbaru Proton, Model ini adalah generasi pertama di dalam segmen B-Hatchback yang dilengkapi dengan Vehicle Dynamic Control (VDC) dan pelbagai assessori canggih. Dibangunkan sepenuhnya oleh Proton Tanjung Malim, model ini di iktiraf sebagai model value for money oleh New Straits Times dan mendapat 5 bintang Australia New Car Assessment Program (ANCAP). Di datangkan dengan 7 pilihan warna, Tranquility Black, Solid White, Antlantic Blue, Fire Red, Citrus Green, Genetic Silver dan Silver Moon Dust serta bulanan dari RM 458 untuk 9 tahun, model ini jelas menjanjikan kelainan di dalam pemanduan kereta kompak dan paling utama penggunaan minyak adalah di tahap minima. Senarai harga adalah seperti berikut :

    Iriz Standard 1.3 Manual     -     RM 42,900.15
    Iriz Standard 1.3 CVT         -     RM 45,900.15
    Iriz Executive 1.3 Manual   -     RM 46,900.15
    Iriz Executive 1.3 CVT       -     RM 49,900.15
    Iriz Executive 1.6 Manual   -     RM 53,900.15
    Iriz Executive 1.6 CVT       -     RM 56,900.15
    Iriz Premium 1.6 Manual    -     RM 59,900.15
    Iriz Premium 1.6 CVT        -     RM 62,900.15

    PROTON EXORA

    Mencari MPV yang boleh memuatkan ahli keluarga yang agak ramai pada harga yang berpatutan? Mungkin anda boleh mempertimbangkan Proton Exora. Di datangkan dengan 4 varian dan bulanan serendah RM 607 untuk 9 tahun, kereta ini pasti mampu memenuhi permintaan untuk keluarga yang agak besar serta tidak membebankan dari bayaran bulanan. Exora kini di datangkan dengan 4 bag udara serta di lengkapi dengan sistem ABS, EBD, BEBD dan juga electronic stability control (ESC) untuk pemanduan yang lebih selamat. Anda boleh memilih 7 pilihan warna yang memenuhi impian anda. Solid White, Luxury Blue, Elegant Brown, Cocoa Gray, Genetic Silver, Indiana Gray dan Tranquility Black. Senarai harga adalah seperti berikut :

    Exora 1.6 Standard Manual CPS           -     RM 56,888.00
    Exora 1.6 Standard Auto CPS               -     RM 59,888.00
    Exora 1.6 Executive CVT CFE             -     RM 66,888.00
    Exora 1.6 Premium CVT CFE              -     RM 75,888.00
    Exora 1.6 Super premium CVT CFE    -     RM 81,888.00

    PROTON PREVE

    Model ini bolehlah di kategorikan sebagai model global pertama Proton. Di datangkan dengan 3 varian, Preve merupakan kereta pertama yang di lengkapi dengan assessori yang canggih tanpa meninggalkan ciri-ciri keselamatan. Preve juga adalah printis kepada generasi kereta berkuasa bagi memenuhi permintaan golongan executive muda dalam mementingkan imej dan kelasakan. Juga di selaraskan dengan 5 bintang ANCAP, model ini menjanjikan pemanduan yang lain dari model Proton yang biasa anda pandu. Di datangkan dengan 5 pilihan warna, Tanquility Black, Solid White, Fire Red, Elegant Brown dan Soft Lilac serta bulanan dari RM 628 untuk 9 tahun, anda pasti menyukai ciri-ciri kereta ini. Senarai harga adalah seperti berikut :

    Preve 1.6 Executive Manual     -     RM 59,005.15
    Preve 1.6 Executive CVT         -     RM 62,005.15
    Preve 1.6 Premium CVT CFE  -     RM 72,923.15

    PROTON SUPRIMA "S"

    Ini adalah model bagi high performing car yang di tawarkan oleh Proton kepada peminat kereta yang berkuasa tinggi. Model keluaran 2013 ini merupakan kereta pertama yang di lengkapi ciri-ciri keselamatan paling tinggi yang pernah di tawarkan oleh Proton. Dengan daya pecutan 0-100 dalam 9.6 saat, kereta ini mendapat pengiktirafan dari New Straits Times sebagai kereta hatchback berkuasa menandingi Ford Focus. Dengan bayaran bulanan dari RM 735 sebulan untuk 9 tahun, para executive muda yang mementingkan imej dengan jenama kereta tempatan, inilah model yang anda cari. Menawarkan 5 pilihan warna iaitu Antlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Tranquility Black dan Solid White, anda boleh memilih antara 2 varian yang di tawarkan. Senarai harga adalah seperti berikut :

    Suprima "S" 1.6 Standard CFE     :     RM 69,948.50
    Suprima "S" 1.6 Premium CFE    :     RM 80,001.50

    PROTON INSPIRA

    Sebuah model yang menampilkan ciri elegan si pemakai. Inspira di ispirasikan dari model Mitsubishi Lancer dimana Proton masih mengekalkan enjin original MIVEC Mitsubishi dengan assessori dalaman juga masih mengekalkan barangan Mitsubishi. Dengan handling Lotus, ciri-ciri pemanduan mantap dapat di rasai serta masih mengekalkan ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya. Di tawarkan dengan 3 varian dan 4 pilihan warna iaitu Indiana Gray, Tranquility Black, Solid White dan Genetic Silver, bayaran bulanan dari RM 831 untuk 9 tahun, anda pasti merasai pengalaman pemanduan Mitsubishi dengan talaan Lotus. Senarai harga adalah seperti berikut :

    Inspira 1.8 Executive Manual     :     RM 79,040.30
    Inspira 2.0 Executive CVT         :     RM 85,827.30
    Inspira 2.0 Premium CVT          :     RM 92,925.30

    Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, Anda boleh menghubungi Rizan Zaman di talian :
    016-266 1224 (Whatsapp / Telegram)
    013-502 1122
    tunjebat32@gmail.com

    Apa yang perlu anda sediakan adalah salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, 3 bulan penyata gaji dan penyata EPF atau penyata bank. Manakala bagi peniaga atau meniaga sendiri, anda hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, lesen perniagaan dan 6 bulan terakhir penyata bank.

    Jika ada yang tertanya-tanya adakah GST akan menyebabkan harga kereta meningkat, sejujurnya harga kereta sebenarnya adalah sama. Tiada sebarang peningkatan mendadak selepas GST di kuat kuasakan. Beilah barangan buatan Malaysia. Proton kini bukan seperti Proton yang dahulu.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MENCARI KERETA IDAMAN- SEGMEN PROTON Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top