My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 1 April 2015

    GST-SUATU PERMULAAN

    Hari ini, Malaysia mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini. Rata-rata pengguna media sosial hari ini sibuk menilik resit pembelian masing-masing - sesuatu yang terlalu jarang mereka lakukan sebelum ini.

    GST bukanlah sesuatu perkara yang asing di dunia. Terdapat kira-kira 160 negara di dunia mengenakan GST. Masing-masing menetapkan cukai mereka bergantung kepada kapasiti rakyat dan juga kemampuan negara itu sendiri. Sebagai contoh, Indonesia mengenakan cukai GST sebanyak 16% kepada rakyatnya, berbanding dengan Malaysia hanya mengenakan 6% sahaja.

    Ramai dari kalangan penyokong pembangkang mengada-adakan cerita kononnya GST akan menekan rakyat, menaikkan lagi harga barangan dan memiskinkan rakyat. Jika kita renungkan sejenak sistem percukaian negara, sewaktu SST di kenakan, ramai juga rakyat Malaysia pada masa itu mengatakan kerajaan membolot duit rakyat, sama seperti dakwaan Rafizi dan para penyokong pembangkang sekarang. Hakikatnya, sejak dari zaman Tun Abdul Razak sehingga kini, Malaysia mengalami pembangunan yang begitu pesat hasil dari sistem percukaian yang teratur. Jadi apabila Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak mengumumkan Malaysia akan melaksanakan Sistem percukaian GST bagi menggantikan sistem percukaian yang lama, berita ini di sambut dengan kasar oleh sebilangan rakyat. Adalah pelik apabila jika menggantikan sesuatu yang lama kepada yang baru yang jelas lebih teratur, lebih ramai yang melatah dari menyokong.

    Apabila kerajaan mengumumkan tiada cas GST di kenakan pada sektor pengangkutan awam, perubatan di Hospital milik Kerajaan dan sektor makanan, masih ada yang berusaha mengatakan kerajaan mengenakan GST pada sektor-sektor ini. Keadaan ini jelas mengelirukan rakyat terutamanya di luar bandar. di tambah pula dengan dakwaan mengatakan Kerajaan mengenakan 6% + 16% cukai GST bukan 6% seperti di dakwa, ianya jelas sekali merosakkan apa yang cuba di sampaikan olejh kerajaan. Ini belum lagi di tambah dengan sikap sesetengah peniaga yang awal-awal lagi menaikkan harga barangan kononnya kos pengeluaran semakin meningkat sedangkan mereka bersiap siaga menyambut GST tanpa mengurangkan kos modal mereka.

    Jelas usaha kerajaan memperkenalkan GST kepada rakyat di sabotaj oleh rakyat Malaysia yang tidak menyintai negara ini. Berjuta-juta ringgit di belanjakan untuk memberitahu 30 juta rakyat Malaysia apa itu GST dan kebaikannya menggantikan sistem percukaian SST sedia ada. Tetapi angkara sebilangan mereka yang taksub melampau, usaha kerajaan ini jadi sia-sia. Melaungkan amaran bahawa Kerajaan yang ada sekarang bakal runtuh pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi melucukan, jika mereka sedar kerajaan akan jatuh kerana GST kenapa mesti menganjurkan perhimpunan haram menentang GST? Jelas sistem cukai yang turut di amalkan oleh Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Jerman dan lebih 160 negara ini mampu meningkatkan pendapatan kerajaan dan usaha kerajaan menyalurkan infrastruktur yang lebih tersusun dan komprehensif dapat di lakukan.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: GST-SUATU PERMULAAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top