My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 18 April 2015

    PERPADUAN YANG KIAN LUNTUR

    Berikutan kemelut politik yang melanda Negeri Selangor seperti yang di laporkan sebelum ini, kerajaan perpaduan yang di canang Pakatan Rakyat dahulu seolah-olah hanya mimpi di siang hari. Strategi licik Tan Sri Abdul Khalid dengan mengadakan pertemuan dengan Dato Seri Abdul Hadi Awang di Jakarta jelas memerangkap Azmin Ali untuk meneruskan kelangsungan politik beliau.

    Jika melihat keputusan Pilihanraya Umum yang ke 13 sebelum ini, jelas menunjukkan apa sahaja mungkin akan berlaku di Selangor. Pada pilihanraya yang lepas, Barisan Nasional memenangi 12 kerusi, PAS dengan 15 kerusi, DAP 15 dan PKR 14. Jika di lihat percaturan yang sedang di usahakan, andai Tan Sri Abdul Khalid mahu merebut semula kerusi Menteri Besar Selangor, beliau perlu meyakinkan keseluruhan kerusi PAS bergabung dengan Barisan Nasional dan meyakinkan beberapa kerusi milik PKR untuk menyebelahi beliau. Situasi ini jelas menggusarkan Azmin kerana ini memungkinkan Kerajaan Selangor bakal berubah tampuk pemerintahan. Di tambah lagi ada di kalangan ADUN PKR masih setia dengan Khalid, ini meletakkan Azmin dalam situasi terdesak.

    Satu lagi situasi yang perlu di beri perhatian adalah keberanian Dato Seri Abdul Hadi dalam melaksanakan idea dan kemahuan beliau sendiri, keluar dari bayang-bayang konservatif PAS sebelum ini. Semenjak Allahyarham Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia, Dato Seri Abdul Hadi seolah-olah kini semakin berlembut dengan kepimpinan UMNO dan ini memungkinkan satu kerajaan perpaduan di bentuk, kebetulan ianya mungkin berlaku di Selangor. Di tambah dengan tekanan dari dalam melalui PASmA di bawah pimpinan Mat Sabu serta tekanan dari rakan pembangkang terutama dari DAP dan PKR, beliau kini di lihat lebih mesra kerajaan. Dengan Muktamar PAS semakin menghampiri, tindakan proaktif perlu di lakukan Hadi dalam menyelamatkan jawatan beliau. Beliau juga di lihat mendapat sokongan padu di setiap jentera PAS dan kekalahan Mat Sabu dalam pemilihan bahagian baru-baru ini menandakan ahli PAS jelas semakin menolak kewujudan PASmA yang menjadi barah di dalam PAS.

     Jadi sesuatu yang menarik untuk melihat Negeri Selangor sebagai sebuah negeri printis untuk membentuk kerajaan perpaduan yang sebenarnya. Segala kemungkinan akan berlaku dan bagi penganalisis politik, iklim politik Selangor sentiasa akan di ikuti dengan penuh minat. Reaksi Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah juga sedang di nanti.




    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERPADUAN YANG KIAN LUNTUR Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top