My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 18 April 2015

    CALON TERBAIK UNTUK ROMPIN

    UMNO hari ini telah mengumumkan Datuk Hasan Arifin, sebagai calon BN untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin. Beliau merupakan Pemangku Ahli Parlimen Rompin setelah pendang sebelum ini, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4hb April yag lepas.
    Dalam usianya yang mencecah hampir 56 tahun, Hasan bukanlah calang-calang orang dalam bidang politik di Pahang kerana beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999.    Semasa memegang jawatan berkenaan, antara peranannya yang paling di ingati dan dikenang adalah menjadi orang yang bertangungjawab membangunkan kawasan perindustrian Gebeng dan menjadi antara nadi kegiatan ekonomi Pahang pada waktu ini.

    Datuk Hasan Ariffin dilahirkan di Kampung Ayau, Leban Chondong, antara orang penting yang memainkan peranan memastikan kejayaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur selain memperbesarkan Pelabuhan Kuantan. Bagi penduduk Rompin mahupun Pahang, Datuk Hasan dikenali melalui jasa dan sumbangan sejak menyertai Umno pada tahun 1976. Beliau memulakan karier politik sebagai Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan pada 1978, Hasan kemudian menjadi ketua pemuda Umno bahagian itu pada 1984 sebelum beralih angin ke kawasan Rompin dan memegang jawatan yang sama pada 1986. Melihat kepada kredebiliti yang ditunjukkan, Hasan terus diberikan kepercayaan untuk menerajui Umno Bahagian Rompin pada 1990-2004 selain pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan anggota Exco Kerajaan Negeri. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang dan ahli Lembaga Pengarah Felda.

    Melihat kepada kredibiliti calon yang di tampilkan oleh UMNO dan Barisan Nasional ini, penulis percaya Datuk Hassan mampu mengekalkan majoriti yang di perolehi oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada Pilihanraya Umum yang ke 13 yang lalu. Kerusi Parlimen Rompin kosong setelah penyandang kerusi berkenaan maut dalam kemalangan helikopter di Semenyih baru-baru ini. Penulis mengucapkan selamat maju jaya untuk Datuk Hassan dan mendoakan beliau dapat meneruskan legasi yang di tinggalkan oleh Allahyarham.




    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: CALON TERBAIK UNTUK ROMPIN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top