My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 April 2015

    PERGINYA PUTERA TERBUANG

    Adik kepada Maharaja China terakhir dinasti Qing, Pu Yi, telah meninggal dunia di Beijing China pada usia 92 tahun. Puren merupakan satu-satunya adik Pu Yi yang dipaksa turun tahta pada 1912 sewaktu revolusi Xinhai pada tahun berkenaan.

    Maharaja Pu Yi merupakan Maharaja terakhir yang mendiami Tiannanmen Square dimana baginda menaiki tahta pada usia yang terlalu muda, iaitu 2 tahun 10 bulan, setelah bapanya maut di racun oleh pemberontak komunis pada tahun 1908. Sepanjang pemerintahan baginda terlalu banyak pemberontakan yang didalangi oleh para menterinya sendiri memandangkan baginda terlalu muda untuk memerintah dan para menterinya terlalu berebutkan kuasa untuk merubah China sebagai sebuah Republik. Baginda merupakan pewaris terakhir dinasti Qing Manchu yang menaiki tahta.

    Puren yang dikenali oleh penduduk China sebagai adik Maharaja terakhir menyara hidup dengan mengajar di sekolah yang beliau tubuhkan sendiri di Beijing pada 1940-an dan terus mengajar di sekolah berkenaan sehingga beliau bersara pada 1960-an. Menariknya beliau mengubah namanya kepada Jin Youzhi untuk mengelakkan rakyat China yang masih tebal menghormati institusi beraja menghormatinya dengan gelaran Maharaja. Disamping itu beliau mengelak dari tindakan dari kerajaan komunis China dengan gelaran sedemikian. Beliau meninggalkan 3 orang anak lelaki dan 2 orang perempuan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERGINYA PUTERA TERBUANG Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top