Penulis sempat meninjau keadaan di sekitar Bandar Kuala Rompin bagi melihat dengan mata kepala sendiri pembangunan yang di bawa oleh mantan Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Jelas dapat dilihat, pembangunan samada dari segi infrastruktur serta pembangunan jelas teratur dan tidak menyusahkan rakyat. Sementelah Arwah juga adalah Pengerusi Projek Perumahan 1 Malaysi jadi tidak hairanlah pembangunan tersusun ini dapat beliau laksanakan.
Sepanjang pemerhatian penulis, Penulis tertarik dengan sebuah kompleks kemudahan rakyat untuk berniaga. Kompleks yang di namakan Bazar Rakyat ini jelas menunjukkan iltizam Arwah dalam memupuk semangat untuk berniaga di kalangan rakyat di Rompin. Menerusi perbualan penulis dengan penjaga kompleks berkenaan, Projek ini sebenarnya di jadualkan akan di rasmikan oleh Arwah pada awal bulan Mei ini. Akan tetapi Allah lebih menyayangi beliau maka di tangguhkan perasmiannya pada satu masa yang akan di beritahu kelak.
Sesungguhnya jasa dan urus tadbir Arwah akan di kenang dan di ingati oleh warga Rompin selamanya. Walaupun Arwah agak sibuk dengan urusan di Putrajaya, tetapi pembangunan di Parlimen Arwah tidak pernah terabai, sesuai dengan 15,114 majoriti undi yang Arwah terima pada PRU yang lepas. Semoga pengganti beliau, Datuk Hassan Arifin dapat meneruskan legasi yang di tinggalkan oleh Arwah bagi kesenangan dan kemudahan rakyat di Daerah Rompin.
JSJM
0 comments:
Post a Comment