My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 April 2015

    ROMPIN - KUBU KUKUH UMNO

    Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, satu nama yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Selama 23 tahun Allahyarham menabur baktinya di Perlimen Rompin dengan mengharungi 6 pilihanraya umum tanpa sekalipun kecundang. Letaklah siapa pun calonnya, Allahyarham pasti mengharunginya dengan cemerlang. Inilah cabaran yang bakal di harungi oleh pengganti Allahayarham pada pilihanraya kecil Parlimen Rompin nanti.

    Parlimen Rompin kosong setelah penyandangnya sebelum ini, Allahyarham Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4hb April yang lepas. Pada pilihanraya umum ke 13 yang lepas, Allayarham memenangi kerusi ini dengan jumlah undi 30,040 mengatasi bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh yang hanya memperolehi 15,114 undi dengan majoriti sebanyak 15,114 undi. Kemenangan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 93.47% berbanding pada pilihanraya umum ke 12.

    Untuk rujukan, Parlimen Rompin terdiri daripada 53,924 undi yang terdiri daripada 52,744 pemilih biasa, 545 daripadanya pemilih awal manakala 5 orang adalah pengundi luar negara. Uniknya pilihanraya ini merupakan pilihanraya kecil yang ke sembilan selepas pilihanraya umum yang ke 13 yang lepas. Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), hari penamaan calon akan di langsungkan pada 21hb April ini manakala undi awal akan di jalankan pada 30hb April dan hari pengundian akan di adakan pada 5hb Mei 2015.

    Datuk Fadzilla Salleh telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya yang di lantik oleh SPR. Beliau akan dibantu oleh 5 orang penolong pengurus sambil dibantu oleh 6 orang penguatkuasa kempen. Mereka ini di bantu oleh 987 orang petugas pilihanraya. Menurut SPR lagi, pusat penamaan calon bagi Parlimen ini akan di adakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Sebanyak 35 buah sekolah dan 3 balai raya atau dewan akan di gunakan sebagai pusat mengundi dimana sebanyak 119 saluran tempat mengundi juga akan di buka.

    Untuk pengundian awal pula, sebanyak 4 pusat pengundian akan di buka iaitu Dewan Seri Ibam, Squadron 322 TUDM Bukit Ibam, Balai Polis Muadzam Shah, Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan Balai Polis Tekek, Pulau Tioman. Kos keseluruhan untuk pilihanraya ini menelan belanja sebanyak RM 1.91 Juta.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ROMPIN - KUBU KUKUH UMNO Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top