My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 26 April 2015

    KECELUPARAN KHALID SAMAD DALAM KEMPEN DI ROMPIN

    Dalam siri ceramah yang di adakan oleh Jentera PAS di Rompin semalam, ADUN Shah Alam, Khalid Samad dengan gaya sombongnya memperlecehkan calon Barisan Nasional, Datuk Hassan Arifin. Beliau seolah-olah mengungkit semula kisah silam sewaktu Datuk Hassan tewas pada pemilihan Bahagian satu ketika dahulu.

    Di samping itu reaksi Khalid dalam ceramahnya mengatakan warga Rompin jangan menjadi bodoh dengan memilih calon recycle Barisan Nasional dan menambah seorang lagi ahli Parlimen kayu di Parlimen. Beliau berterusan menempelak cara Barisan Nasional dalam kempen kali ini dengan mendakwa tiada Pemimpin tertinggi datang ke Rompin dan ini memnugkinkan Rompin terus terpinggir. Dakwaan beliau jelas tidak berasas kerana dari pemerhatian penulis, Rompin bukan tempat yang mundur dan ketinggalan dari segi pembangunan.

    Beliau juga menempelak kerajaan kerana terburu-buru dan terlalu takut sehingga meluluskan Rang Undang-Undang Akta Hasutan baru-baru ini. Beliau mendakwa kerajaan sedang berusaha melumpuhkan pembangkang dengan mahu mendakwa kira-kira 150 orang termasuk Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Rafizi Ramli dan lain-lain dengan dakwaan berat. Ini mungkin akan menyebabkan mereka kehilangan kerusi yang mereka menangi sebelum ini dan membunuh Pakatan Rakyat dalam senyap. Beliau juga menekankan bahawa andai Datuk Hassan Arifin memenangi pilihanraya kali ini, maka akan mewujudkan satu lagi tukang angguk dan orang bisu di Parlimen.

    Dalam masa yang sama, beliau juga mengungkit peranan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pembelian kapal selam Scorpien dan kes pembunuhan Altantuya. Beliau mendakwa kenyataan Tun Dr Mahathir di K-Klub baru-baru ini menggambarkan apa yang telah di lakukan oleh Najib terhadap Altantuya. Tindakan agresif Khalid ini di lakukan sewaktu pihak polis dan pemerhati SPR sudah beredar dari tapak ceramah disini.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KECELUPARAN KHALID SAMAD DALAM KEMPEN DI ROMPIN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top