My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 23 April 2015

    CORAT CORET ROMPIN HARI KE 2

    => Pilihanraya Rompin akan mempertandingkan pertemuan 2 penjuru antara Datuk Hassan Arifin yang mewakili Barisan Nasional dan Ustaz Narzri bin Haji Ahmad yang mewakili PAS.

    => Percubaan seorang blogger bebas, Mohd Syukri Mohd Ramli, untuk menjadi calon bebas telah di halang oleh SPR kerana gagal membawa seorang pencadang bagi pihak dirinya. Seperti biasa, orang gagal mulalah menunding jari kepada pihak-pihak yang berkenaan.

    => Keadaan Rompin kekal seperti biasa selepas penamaan calon. Boleh dikatakan tiada langsung perang poster di adakan. Ini menjadikan Rompin seolah-olah seperti tiada Pilihanraya kecil bakal di adakan.

    => Untuk Pilihanraya kecil ini, penginapan di sini semuanya naik mendadak. Sewa untuk sebuah bilik bermula dari RM 200 semalam sehingga mencecah RM 8,000 untuk 2 minggu tempoh berkempen.

    => Ceramah PAS di batalkan saat-saat akhir setelah semua wakil PAS di Rompin bertolak ke Permatang Pauh bagi menghadiri penamaan calon pada pagi ini. Ini menjadikan markas PAS di sini lengang.

    => Bermula malam semalam sehingga saat artikel ini di tulis, tiada langsung sebarang aktiviti ceramah malah kempen-empen juga dari kedua-dua belah pihak seolah-olah tidak bergerak langsung. Mungkin mereka menumukan hal Permatang Pauh.

    => Restoran Syed Ali di sini di serbu petugas pilihanraya kedua-dua belah parti semalam sehingga mengakibatkan makanan di sana terpaksa di masak berulang-ulang kali bagi menampung permintaan yang tinggi.

    => Semalam menyaksikan buat pertama kalinya di Rompin kesesakan jalan di sini mencecah sehingga 10km untuk memasuki pekan Kuala Rompin. Ini di akui sendiri oleh pihak polis dimana menurutnya semasa Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu, kesesakan tidak seteruk semalam.

    => Mercu tanda di Rompin bukan setakat tugu ikan layaran dan udang galah sahaja. Tetapi sebiji buah Tembikai besar juga ada di sini.....

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Item Reviewed: CORAT CORET ROMPIN HARI KE 2 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top