My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 17 April 2015

    KEMELUT CIPTAAN TUN DR MAHATHIR-IMPAK KEPADA 2 PRK

    Pilihanraya Parlimen Rompin akan di adakan pada 5hb Mei 2015 dengan penamaan calon akan di adakan pada 22hb April ini dan pengundian awal akan di adakan pada 30hb April 2015. Parlimen ini kosong setelah penyandang sebelum ini, Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah terkorban dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4hb April yang lepas.

    Ironinya, pilihanraya ini menjadi salah satu kayu pengukur penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak setelah beberapa siri serangan yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kredibiliti kepimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri.

    Sesuatu yang agak di sesalkan apabila serangan dari Tun Dr Mahathir ini seolah-olah menyebabkan perpaduan di dalam UMNO itu sendiri terpecah kepada 2 kumpulan – sesuatu yang pernah terjadi sewaktu pemerintahan Tun sebelum ini iaitu sewaktu pemilihan Presiden UMNO. Di waktu itu Tun Dr Mahathir di tentang oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan akibat pengundian sengit ini UMNO yang baru setahun di hidupkan semula akibat peristiwa hitam pengharaman UMNO pada 1988 mengakibatkan UMNO terpecah kepada 2 kem di mana ada sesetengah kem di anggotai nama-nama besar dalam arena politik Negara. Mujur pada pilihanraya umum yang di adakan selepas peristiwa itu masih memihak kepada UMNO. Tetapi menyedihkan, veteran-veteran UMNO bertindak keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Semangat 46 (S46) bagi menzahirkan penentangan terhadap UMNO.
     
    Terkini, peristiwa yang hampir sama kembali berulang. Akibat serangan berterusan Tun M dan para pengikutnya menimbulkan suasana jelas tidak tenteram di dalam parti. Pertanyaan demi pertanyaan walaupun sudah di jawab oleh Perdana Menteri secara umum sewaktu rancangan bual bicara yang di siarkan di TV3 baru-baru ini seolah-olah tidak dapat menutup mulut Tun M dari terus menerus mempertikaikan apa yang di lakukan oleh Perdana Menteri dalam urus tadbir Negara. Tidak dapat di nafikan, berberapa pertanyaan ini ada baiknya dalam membuktikan ketelusan pemerintahan Perdana Menteri. Akan tetapi, jika serangan berterusan tanpa ada tanda penghujung sebegini, pasti akan menimbulkan kegelisahan di kalangan 3.6 juta ahli UMNO itu sendiri.

    Jelas beberapa tindakan “sumbang” Tun M dalam mempertikaikan beberapa tindakan Perdana Menteri mampu merosakkan sebarang usaha untuk kempen pada 2 pilihanraya kecil yang bakal di adakan iaitu di Parlimen Permatang Pauh dan Rompin. Pasti berberapa tindakan yang di lakukan oleh Tun M mampu mempengaruhi polar pengundian di 2 kawasan ini. Permatang Pauh jelas menjadi kubu kuat pembangkang terutama kawasan ini seolah-olah menjadi tempat wajib menang bagi Keluarga Anwar manakala Rompin merupakan kawasan yang menjadi kerusi tetap UMNO dan Barisan Nasional sejak sekian lama. Pasti kempen kali ini akan menyebabkan beberapa persoalan akan di timbulkan penduduk Rompin dan ini jelas merugikan UMNO kerana mesej kemajuan yang ingin di sampaikan oleh pucuk pimpinan parti tidak dapat di sampaikan secara menyeluruh kerana terlalu sibuk melayan pertanyaan berulang yang di bangkitkan oleh penduduk setempat.

    Ini belum lagi permasalahan setempat yang masih belum di selesaikan oleh mantan Ahli Parlimen kawasan berkenaan. Jelas situasi ini seolah-olah memberi peluru hidup kepada pembangkang dalam menyebarkan dakyah mereka kepada penduduk Rompin. Semua ini seolah-olah menjadi harapan kepada pembangkang, jika tidak memenangi, mampu mengurangkan majoriti yang di terima UMNO dan Barisan Nasional di kawasan berkenaan. Jelas seolah-olah Tun M mahu melihat pengaruh beliau masih berbisa dalam memporak perandakan kempen UMNO dan Barisan Nasional di Rompin dan seolah-olah menterjemahkan keinginan beliau melihat kekalahan UMNO di kubu kuatnya sendiri.

    Sebagai ahli UMNO yang bijak, mereka pastinya tahu dan menghormati siapa Presiden UMNO kini. Sumpah taat setia setiap ahli seharusnya menjadi pegangan kini dalam terus menerus memberi sokongan terhadap Presiden dan memperkukuhkan semula parti dari sebarang serangan. Apa yang di lakukan Tun M kini jelas tidak membantu pengukuhan parti samada dari pucuk pimpinan mahupun akar umbi. Di sinilah kebijaksanaan 3.6 juta ahli dalam menilai yang mana intan permata yang mana kaca. Di akui, Tun pernah menabur jasa selama 21 tahun di Malaysia kita amat terhutang budi terhadap jasanya. Tetapi ini bukan tiket kepada Tun dan pengikutnya untuk merosakkan apa yang telah di lakukan oleh Presiden parti dan mengukuhkan dan menaikkan imej parti di kalangan ahli dan juga rakyat

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEMELUT CIPTAAN TUN DR MAHATHIR-IMPAK KEPADA 2 PRK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top