Permasalahan rumah tangga kadangkala boleh menimbulkan rasa
kurang senang di kalangan ahli keluarga. Mengejutkan, perangkaan Jabatan Agama
Islam Malaysia menunjukkan hampir 40% dari kes penceraian adalah di sebabkan tindakan isteri menderhaka kepada suami. Dalam satu hadis yang di riwayatkan oleh
Aisyah Radhiallah r.a, Rasulullah S.A.W pernah bersabda, marhumnya :
“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang
paling berhak ke atas isteri ?”
Baginda menjawab : “Orang yang paling berhak kepada isteri
ialah suaminya”.
Kemudian aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling
berhak ke atas suami?”
Baginda menjawab : “Orang yang paling berhak ke atas seorang
suami ialah ibu kandungnya.”
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang
bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud
kepada suaminya.”
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri,
bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan
hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan
kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas
ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan. Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan
si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah
tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami.
Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya
kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami
itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu
dikhuatiri termasuk di dalam k
ategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu
diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri
terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri
derhaka.
Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.
1. MENGHINA ATAU MENGUMPAT SUAMINYA
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai
isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia
peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami
yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau
menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat
keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi
menghina atau mengumpat suami.
2. MENGHERDIK DAN MENCERITAKAN KELEMAHAN SERTA
KEKURANGAN SUAMI KEPADA ORANG LAIN
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh
seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun
mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain.
Adalah sepatutnya kita sebagai isterisentiasa bersedia untuk menggembirakan
hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang mena
wan, tutur kata yang menjadi
penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin
(suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri
yang solehah.
3. ISTERI KELUAR RUMAH TANPA KEBENARAN SUAMI
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya,
dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya
selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.”
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
4. ISTERI YANG MENDOAKAN KECELAKAAN BUAT SUAMI
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan
kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya
sebaliknnya.
5. MEMBENCI KEGEMARAN SUAMI
Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di
dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal
bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu
kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta
mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan
akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya
ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi
sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan
sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh
kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang
lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada
harta mereka. (An-Nisa : 34)
6. MENJADI TEKANAN KEPADA SUAMI
Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu
memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si
isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami
tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana
hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan
suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu
menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.
Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami
memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia
memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang,
ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya
dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)
7. MENGUNGKIT-NGUNGKIT JANJI SUAMI
Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami.
Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.
Sabda Rasulullah saw :
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti
hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan
kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: “Mengapa demikian
ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan
mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak
pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud
:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum
wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:
“Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau
kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan
lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh
suaminya.”
(Riwayat Muslim)
Semoga kita beroleh manafaat dari artikel ini...Wallahualam
JSJM
0 comments:
Post a Comment