My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 2 April 2015

    TERENGGANU - NEGERI PERLANCONGAN

    Sempena program Sidang Meja Bulat Terengganu anjuran bersama Bicara Rakyat, Kerajaan Negeri Terengganu, Unit Komunikasi Media Terengganu dan Terengganu Transformasi Baru, sukalah penulis mencoretkan sedikit sebanyak tentang negeri Terengganu yang menjadi tuan rumah pada persidangan kali ini.

    Apabila menyebut tentang negeri Terengganu, terus kita teringat kepada industri petroleum negara iaitu Petronas, penyu dan jaringan pantai dan pulau yang menarik. Mempunyai 8 buah daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di mana negeri ini di ketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Mizan Zainal Abidin dan Menteri Besarnya, Yang Amat Berhormat Dato Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman. Menariknya di sini, selain daripada hasil petroleum, negeri ini menjana pendapatanya menerusi sektor perlancongan dengan tarikan jaringan pantai yang cantik serta pulau-pulau yang menjanjikan suasana percutian samada persendirian, berkumpulan mahupun berkeluarga sebagai sesuatu yang cukup sukar di lupakan.

    Selain dari tarikan perlancongan, Negeri ini juga terkenal dengan tarian Ulek Mayang yang di warisi turun temurun. Juga terdapat teater seumpama wayang kulit yang di beri nama Rodat. Negeri ini juga menyajikan makanan berasaskan hasil lat seperti keropok lekor, cencalok, nasi dagang dan macam-macam lagi. Menariknya hasil tenunan songket terbaik juga boleh di dapati di sini.

    Sebagai pembuka bicara, Negeri Terengganu dengan tangan terbuka menerima Grup Bicara Rakyat untuk bersidang selama 3 hari bagi melestarikan aspirasi Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak supaya UMNO terus terbilang meneruskan legasi pemerintahan di bumi Malaysia.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TERENGGANU - NEGERI PERLANCONGAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top