My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 April 2015

    BICARA RAKYAT-HASIL DARI SIDANG MEJA BULAT TERENGGANU

    Bicara Rakyat sekali lagi menganjurkan Sidang Meja Bulat setelah sidang kali pertama di adakan di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi, Kedah dan kali ini Negeri Terengganu Darul Iman mengambil tempat. Program yang di anjurkan bersama oleh Bicara Rakyat, Terengganu Transformasi Baru (TTB) dan Unit Komunikasi Media Terengganu (UKOM) ini menghimpunkan kira-kira 50 orang penggiat media samada dari Terengganu mahupun dari luar Terengganu. Jelas himpunan dialog antara pemain media dan kerajaan negeri mampu mengeratkan hubungan dan memberikan impak kepada arus politik perdana terutamanya bagi kerajaan negeri Terengganu.

    Sidang yang bermula pada 2hb April hingga 4hb April yang lepas, menghimpunkan barisan moderator antara yang terbaik dalam politik tanah air. Mereka adalah Encik Lokman Nor Adam, Panel Pemikir Jasa Malaysia, Encik Azrinizam Ibrahim, Pengamal media baru, Yang Berbahagia, Dato Wan Hisham Wan Salleh, Y
    ang Mulia, Raja Faisal Bin Raja Haron, dari UKOM, Dato Haji Ibrahim Saad, Pengarah Biro Tatanegara Sabah, Ustaz Mohd Zaki bin Mat Yakim, dari UKOM dan Encik Nardin Bakar, tenaga penggerak Biro Tatanegara negeri Perlis.

    Pelbagai isu di bentangkan semasa sidang berkenaan antaranya isu-isu politik semasa yang merangkumi isu GST dan permasalahan sosio politik tanah air. Sidang ini juga menyentuh tentang pembaharuan yang di bawa di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Terengganu, Dato Haji Ahmad Razif dengan kewujudan UKOM dan juga TTB. Di samping itu sidang juga menyentuh tentang perihal penggiat media sosial antara kebenaran dan kebatilan, hukum takzir di negeri Terengganu dan juga slot Keris 2314 yang julung-julung kali di adakan. Disamping itu juga pihak penganjur berbesar hati menaja lawatan ke Taman Tamadun Islam dan juga river cruise yang menye
    lusuri sungai Terengganu yang menyajikan permandangan indah Pulau Duyung dan Masjid Kristal serta keindahan flora pesisir sungai sambil menikmati hidangan Keropok Lekor.

    Apa yang menarik pada sidang kali ini, kehadiran penggiat media Bicara Rakyat di luar Terengganu di raikan oleh Menteri Besar Terengganu apabila beliau menganjurkan majlis makan malam dan secara eksklusifnya Bicara Rakyat menjadi
    penggiat media pertama menyaksikan 2 perlancaran sekaligus, perlancaran Terengganu Transformasi Baru (TTB-Brotherhood) dan juga skuad khas pemantau salah laku peniaga dalam mengeksploitasikan perlaksanaan GST di negeri Terengganu. Dalam ucapan alu-aluan Menteri Besar Terengganu, beliau menzahirkan perasaan bangga dan terharu di atas kehadiran Kumpulan Bicara Rakyat dan beliau menyeru mana-mana pemain media supaya terus menyokong dasar transformasi yang beliau dan para exconya lakukan demi kebahagiaan rakyat negeri Terengganu.

    Terengganu, negeri cantik, penduduk ramah dan makanan yang lazat. Bagi menzahirkan rasa bangga dan terharu, pihak Bicara Rakyat ingin menzahirkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kelancaran sidang kali ini. Sesungguhnya keberkesanan sidang kali ini mampu menzahirkan idea-idea terbaik bagi menyerlahkan impian Perdana Menteri Malaysia dalam memperkukuhkan UMNO bagi menangkis sebarang dakyah negatif samada dari dalam mahupun luar UMNO.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BICARA RAKYAT-HASIL DARI SIDANG MEJA BULAT TERENGGANU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top