My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 2 April 2015

    BICARA RAKYAT-PENERUS LANGKAH DI TERENGGANU

    Bicara Rakyat sekali lagi mengadakan Sidang Meja Bulat dan kali ini Negeri Terengganu mengambil tempat bagi menganjurkan majlis pada kali ini. Sidang yang kali pertama di adakan di Langkawi, Kedah pada bulan Februari lepas antara lain mengetengahkan idea-idea bagi mempertingkatkan kemampuan pemain media UMNO yang selama ini berpecah dan tidak bersatu dalam menangkis sebarang serangan dari pihak pembangkang.

    Sidang Meja Bulat Terengganu pada kali ini antara lain meneruskan dan memperincikan apa yang telah di ketengahkan pada sidang yang lepas. Kehadiran beberapa pemain media juga di harap mampu memperincikan semula peranan media sosial dalam membantu jentera UMNO dalm menghadapi ancaman masa kini dan seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO menerusi media sosial dan gerak kerja yang tersusun.


    Kerajaan negeri Terengganu di bawah pemerintahan Menteri Besarnya, Yang Amat Berhormat Dato Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, kali ini sudi menganjurkan majlis ini dengan menaja penginapan peserta dan menguruskan semua program yang bakal di adakan. Menerusi Dato Wan Hisham selaku pengerusi bersama penganjur majlis ini juga dilihat berusaha memastikan sidang ini dapat di adakan dengan lancar dan kerjasama Unit Komunikasi Terengganu (UKOM), Terengganu Transformasi Baru (TTB) dan Bicara Rakyat kali ini menunjukkan keseriusan Kerajaan menerusi Kerajaan Negeri Terengganu dalam menjayakan program ini.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BICARA RAKYAT-PENERUS LANGKAH DI TERENGGANU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top