Penulis menerima satu email yang agak mengejutkan dari seorang sumber. Tindakan beberapa individu yang seolah-olah mahu menggagalkan usaha UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan Rompin begitu di kesali.
Kempen Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Rompin, Pahang
berhadapan dengan “setback” apabila Pasukan Lima Sekawan Pemuda UMNO Malaysia
lebih menumpukan usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak berbanding menyusun jentera memenangi Pilihan Raya Kecil. Lima Sekawan
ini diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, EXCO
Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad
Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda
Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.
Dalam satu pertemuan dengan Pemuda UMNO Johor di Rompin
semalam, Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, telah menghasut
Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor agar menentang kepimpinan Presiden
UMNO dan Perdana Menteri. Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen
Pemuda di Rompin mengejutkan Pemuda UMNO Johor kerana hanya berminat
membincangkan isu sokongan Pemuda kepada Perdana Menteri. Menurut sumber, Azwan
mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda UMNO Malaysia adalah kepada
jawatan Presiden UMNO bukannya kepada Mohd Najib Tun Razak.
Beliau turut menyatakan tidak percaya dengan penjelasan
Perdana Menteri semasa pertemuan Pemuda UMNO Malaysia minggu lalu dan percaya
Mohd Najib hanya “buying time” menggunakan alasan menunggu Ketua Audit Negara. Azwan
juga beranggapan Mohd Najib harus ditumbangkan dan orang yang layak mengetuai
penentangan terhadap Perdana Menteri ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar. Pandangan Azwan mendapat sokongan Ketua Pemuda UMNO Sri
Gading, Simpang Renggam dan Pulai.
Azwan memulakan
kempen menjatuhkan Mohd Najib kerana percaya beliau akan mendapat sokongan
ramai Ketua Pemuda UMNO Bahagian memandangkan Johor negeri kepada Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana
Menteri. Beliau percaya majoriti Pemuda UMNO Johor akan menyokong gerakan ini
kerana jika Mohd Najib berundur umum berpendapat Tan Sri Muhyiddin menjadi
Perdana Menteri. Namun persepsi beliau tidak benar apabila majoriti Ketua
Pemuda UMNO bahagian di Johor telah mempertikaikan hasutan beliau ini
Antara yang paling lantang mempertikai pandangan Azwan ialah
Ketua Pemuda UMNo Bahagian Segamat, Johor Baharu, Muar, Bakri, Mersing dan
Gelang Patah. Ketua Pemuda Pengerang tidak hadir dalam perjumpaan terbabit. Beberapa
Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang hadir mempertikai tindakan Azwan yang bukan
sahaja tidak menghormati suasana pilihan raya kecil tetapi juga bersikap
bermuka-muka dengan Perdana Menteri.
Tugas Pemuda UMNO sepatutnya menyampaikan amanat dan jawapan
Presiden kepada akar umbi bukannya mewujudkan keraguan kepada akar umbi. Mereka
juga mempertikaikan kenapa Azwan tidak membangkitkan persoalan yang beliau
timbulkan semasa perjumpaan tersebut kepada Perdana Menteri pada minggu lalu. Dipercayai
kumpulan akan ke Permatang Pauh esok untuk melakukan agenda yang sama
berselindung di sebalik perjumpaan untuk Pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Bagi Penulis, indakan sebegini jelas terpesong dari matlamat
perjuangan asal. Secara umumnya yang menyokong Mohd Najib menyatakan sekiranya
Azwan tidak berpuas hati atau ada kemusykilan ia hendaklah bertanya kepada
Perdana Menteri, bukannya turun ke bawah menyebarkan gosip politik yang tidak
baik. Itu adalah lebih baik dari berterusan mengeruhkan keadaan.
Sumber
JSJM
0 comments:
Post a Comment