My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 15 April 2015

    TERTEWASNYA PUAK ANWARINAS

    Setelah hampir 14 tahun menyandang jawatan sebagai Yang Di Peertua PAS Kampar, Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin akhirnya tumpas kepada lawan yang jelas kurang ternama, Ustaz Mohd Sofian Rejab. Bukan sekadar tertewasnya Nizar yang menjadi buah bicara, malah timbalan Yang Di Pertua juga tewas mengejut kepada muka baru, Saudara Anuar Morat.

    Di fahamkan, terdapat perasaan kurang senang ahli dan perwakilan PAS Kampar terhadap tindak tanduk Nizar yang kadangkala seolah-olah menderhaka kepada titah Sultan Perak, hubungan akrabnya dengan wakil rakyat yang mewakili DAP, Nga Khor Ming dan Ngeh Khoo Ham (juga sepupu Nizar) dan yang paling utama, beliau jelas menolak sebarang usaha membawa hukum hudud.

    Kekalahan ini jelas agak memalukan Nizar kerana reputasinya sebagai bekas Menteri Besar Perak (10 bulan) dan beliau dijangka akan merebut salah satu jawatan di dalam PAS pusat pada muktamar PAS yang akan datang. Nyata pengaruh Anwarinas kini bukan lagi di geruni dan kebanyakan ahli PAS semakin menyedari pengaruh Anwarinas mampu merosakkan keharmonian PAS. Penulis mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mohd Sofian dan Anuar Morat atas kemenangan mengejut kalian.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TERTEWASNYA PUAK ANWARINAS Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top