Kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Agung UMNO, Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansur dan beberapa kenamaan yang mewakili parti-parti komponen Barisan Nasional jelas membangkitkan semangat sukarelawan Barisan Nasional pada hari penamaan calon pagi ini di Kuala Rompin Pahang.


Kematangan politik antara kedua-dua belah penyokong jelas tergambar dengan hampir tiada provokasi melampau di lemparkan antara kedua-dua belah penyokong. Kehadiran penyokong dari parti komponen Barisan Nasional seperti GERAKAN, MCA dan MIC juga melambangkan keutuhan Barisan Nasional walaupun di gasak dengan pelbagai tohmahan sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment