My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 19 April 2015

    ROMPIN - PEMBANGKANG GENTAR

    UMNO hari ini telah menamakan Datuk Hassan Ariffin sebagai calon untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin yang akan di adakan pada 5hb Mei 2015 dimana penamaan calon akan di adakan pada 22hb April dan pengundian awal akan di adakan pada 30hb April 2015. Pemilihan ini berdasarkan pengalaman dan kebolehan beliau dalam ueus tadbir sesebuah kawasan di tambah lagi dengan kemampuan beliau dalam menggalas jawatan pemangku Ahli Parlimen Rompin setelah penyandang sebelum ini, Allahyarham Jamaluddin Jarjis maut di dalam nahas helikopter di Semenyih awal bulan ini.

    Menariknya, selepas pengumuman di buat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyuddin Yassin petang semalam, langsung tiada sebarang reaksi dari mana-mana pemimpin pembangkang terutama PAS. Ini sesuatu yang agak luar biasa kerana memandangkan parti PAS tanpa gagal meletakkan calon mereka pada setiap pilihanraya di Parlimen Rompin. Adalah mustahil bagi PKR mahu meletakkan calon di sana kerana mereka juga sedang bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh manakala DAP seperti di ketahui menjadi penakut jika bertanding di kawasan majoriti Melayu.

    Suasana ini jelas menimbulkan beberapa persoalan. Adakah PAS ketiadaan calon untuk di calonkan? Adakah PasMA kehilangan aura setelah Mat Sabu dan Nizar tewas dalam perwakilan kawasan masing-masing? Tiada lagikah kesepakatan antara Pakatan Rakyat dalam menghadapi sebarang pilihanraya? Adakah Dato Seri Abdul Hadi Awang memilih untuk "membalas jasa" UMNO yang tidak bertanding di DUN Chempaka? Adakah Dato Seri Abdul Hadi Awang kini lebih cenderong mesra UMNO jika berbandiing dahulu? Semua ini akan terjawab selewat-lewatnya 22hb April ini sewaktu penamaan calon di Rompin kelak.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ROMPIN - PEMBANGKANG GENTAR Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top