My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 April 2015

    SALAM ROMPIN - KENALI DAERAH ECO PERLANCONGAN

    Rompin merupakan daerah paling selatan di Negeri Pahang dimana Rompin bersempadan dengan Endau di Johor. Bagi yang pertama kali ke Rompin, daerah ini merupakan antara syurga bagi pemancing Ikan Layar (ada sesetengah menyebut ikan Layaran) dan Udang Galah dimana pesta memancing ikan ini di adakan pada bulan Mei hingga Jun setiap tahun. Hasil inisiatif bekas Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dengan kerjasama pihak Tourism Malaysia, acara ini di jadikan acara tahunan dengan menarik pemancing samada dari dalam negara hingga luar negara.

    Selain daripada ikan Layar, daerah ini juga di iktiraf oleh Tourism Malaysia sebagai salah sebuah pusat eco perlancongan dimana di daerah ini juga menyajikan sebuah Taman Negara yang terkenal di seluruh dunia iaitu Taman Negara Endau-Rompin. Pelbagai aktiviti sukan lasak pernah dan akan mengambil tempat di daerah ini. Ditambah dengan kepelbagaian kehidupan semulajadi Flora dan Fauna di Taman Negara ini, ditambah lagi dengan pengiktirafan UNESCO keatas hutan hijau paling tua di dunia. Semua ini jelas menjadi syurga bagi pengunjung samada mencari kedamaian menerusi alam sekitar mahupun yang meminati aktiviti sukan lasak.

    Rompin juga menyajikan sebuah pulau yang menjadi sebutan di seluruh dunia, iaitu Pulau Tioman yang di senaraikan antara pulau tercantik dan eksotik di seluruh dunia. Pulau ini juga menjadi tumpuan bagi pelancong di seluruh dunia dimana menyajikan pantai yang cantik serta hidupan flora yang unik.

    Daerah yang berkeluasan 524,700 hektar ini di diami seramai 152,400 orang (menurut bancian 2012) ini mempunyai Pusat Rancangan Felda antara terbanyak di Malaysia. Sebanyak 17 buah Pusat Rancangan Felda dimana kebanyak sumber pendapatan penduduk bergantung atas hasil bumi. Di diami oleh penduduk dari keturunan Melayu, Cina, India dan Orang Asli, Rompin jelas menyajikan sesuatu yang unik untuk di nikmati oleh pengunjung. Terima kasih di atas usaha anak watan Rompin dan juga bekas Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis di atas usaha yang tidak henti menaikkan imej Rompin sebagai sebuah pusat eco perlancongan terkemuka di dunia.

    Semoga pengganti Allahyarham dapat meneruskan legasi yang di tinggalkan oleh Allahyarham. Menerusi bakal calon yang di kemukakan oleh pucuk pimpinan UMNO, penulis percaya, sesiapa yang di pilih oleh pucuk pimpinan akan meneruskan legasi dan menaik tarafkan lagi semua infrastruktur yang ada di Rompin untuk kesenangan rakyat yang terus menerus menyokong calon UMNO di sana.

    Sehingga berjumpa lagi wahai ROMPIN.....

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SALAM ROMPIN - KENALI DAERAH ECO PERLANCONGAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top