My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 22 April 2015

    NGAUMAN PUTERI MULA KEDENGARAN

    Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini melancarkan jentera pilihanraya Puteri Daerah Rompin bagi menghadapi pilihanraya kecil P091 Parlimen Rompin. Majlis ini di sempurnakan oleh Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien pada tengah hari sebentar tadi di Dewan Terbuka, Majlis Daerah Rompin, Pahang. Turut hadir Ketua dan Timbalan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan calon Pilihanraya Kecil P091 Parlimen Rompin, Datuk Hassan Arifin.

    Pada majlis berkenaan Dato Seri Hishamuddin yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia memberi ingatan bahawa pentingnya pergerakan yang padu dan seragam antara ahli Puteri. Beliau juga berharap, ahli Puteri di Rompin ini dapat bekerjasama dengan Pergerakan Wanita UMNO dalam mengadakan kempen yang menyeluruh termasuk di felda-felda dan perkampungan orang asli dalam memastikan kemenangan calon Barisan Nasional, Datuk Hassan Arifin. Tegas beliau semua ini penting dalam memastikan aspirasi Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dapat di laksanakan sebaik mungkin.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: NGAUMAN PUTERI MULA KEDENGARAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top