My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 7 April 2015

    AMUKAN KETUA MENTERI

    Penulis menerima satu e-mail menunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem memperlihatkan tahap ketidakpuasan hati berhubung prestasi kerja agensi-agensi tertentu di negeri tersebut. Dalam satu pertemuan dan taklimat tertutup di Kuching, Sarawak Khamis lepas, beliau menyatakan tidak puas hatinya terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa imigresen negeri itu. Selama ini, tidak ramai yang melihat beliau naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.

    Pada pertemuan berkenaan, beliau di lihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri. Pertemuan yang di hadiri oleh 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain ini nyata menampakkan sisi lain Ketua Menteri ke 5 Sarawak ini. Pertemuan ini di adakan di bilik operasi di Wisma Bapa Malaysia, di Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

    Menurut pengirim e-mail ini terdapat satu rakaman menerusi telefon bimbit antara lain Tan Sri menzahirkan rasa dukacita beliau terhadap kelonggaran institusi berkenaan melindungi warga Sarawak. "Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," kedengaran suara beliau di dalam klip video berkenaan. 

    "Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid, bodoh," kata beliau yang jelas marah.

    "Saya tidak mahu sebarang alasan berhubung tidak cukup tenaga kerja." Adenan juga di laporkan berkata, "Separuh kakitangan bertugas di pejabat. Lebih pekerja di pejabat, kurang pekerja di luar."

    Dengan melabelkan sesetengah daripada mereka sebagai 'pengecut', Adenan berkata, mereka seringkali memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Bajau dan Suluk.Kaum Suluk yang dimaksudkannya, datang dari selatan Filipinan yang bergolak dan tidak takut langsung dengan anggota-anggota penguatkuasaan dan seringkali bertindak secara agresif ke atas pihak berkuasa.

    "Alasan sebenarnya ialah, kamu takut," kata Adenan, yang turut menambah, rakyat mahukan pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan 'berani, penuh semangat dan berdedikasi'.

    "Kita memberi amaran (kepada) pihak imigresen setahun lalu tentang Sulu. Tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah masalah ini menjadi lebih besar. Anda tahu ke berapa ramai imigran haram berada di Sarawak? tanya Adenan kepada pegawai-pegawai yang hadir.

    "Awak mahu jadi macam Sabah? Ramai di bunuh di Tanduo atas kesilapan bodoh kalian? Saya tak mahu jadi macam Sabah."

    Dalam sidang media kemudiannya, Adenan berkata, hanya 150 orang Suluk dan Bajau yang berjaya ditahan dalam operasi terbaru manakala bakinya, 'hilang tanpa dapat dikesan'. Menurutnya, penempatan-penempatan Bajau dan Suluk di kawasan setinggan telah pun dimusnahkan. 

    Walaupun dikecam, ucapan Adenan mendapat tepukan daripada para pegawai berkenaan apabila dia berkata, pegawai-pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan tempat kerja mereka, bolehlah minta bertukar, dan 'kami akan pastikan anda keluar dari negeri ini dengan secepat mungkin'.

    "Mana-mana pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan perkhidmatannya dan tidak gembira berkhidmat di Sarawak, beritahu bos-bos anda. Anda boleh minta untuk dipindahkan. Kami akan menyokong pertukaran dan anda tidak akan berada lagi di negeri ini."

    Menurut Adenan lagi, bukannya susah sangat untuk mendapatkan seseorang yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat di Sarawak. Ketua Menteri Sarawak yang diterima ramai oleh rakyat Sarawak kerana sikap merendah dirinya serta polisinya yang mempertahankan kepentingan Sarawak, turut menyatakan perkara yang sama kepada kaum guru.

    "Mun si maok sitok, ndak ndak sia (kalau tak suka berada di sini, keluarlah). Jangan banyak sangat bunyi. Ada ramai orang lain yang mahu bertugas di sini. Sama ada anda berdedikasi atau sebaliknya." 

    (SUMBER)

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: AMUKAN KETUA MENTERI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top