My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 17 April 2015

    KERAJAAN SELANGOR KIAN GOYAH

    Selangor sekali lagi bakal berhadapan dengan satu lagi konflik politik. Kali ini "bayang-bayang" Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menghantui kerajaan Selangor yang kini di terajui oleh Azmin Ali. Berita ini jelas satu tamparan hebat terhadap Azmin setelah "rampasan" kuasa yang telah di lakukan oleh beliau sebelum ini.

    Diberitakan terdapat perjumpaan sulit antara Tan Sri Abdul Khalid, bekas Menteri Besar Selangor dengan Dato Seri Abdul Hadi Awang di Jakarta baru-baru ini. Pertemuan ini berkisar kepada keadaan semasa yang berlaku di Selangor. Jika di imbau semula hubungan 2 tokoh ini, semasa konflik pertama kepimpinan Negeri Selangor, Dato Seri Abdul Hadi pernah menunjukkan sokongan beliau terhadap Tan Sri Abdul Khalid untuk mengekalkan kuasa sebagai Menteri Besar sehinggalah Dato Seri Abdul Hadi di khianati Adun beliau sendiri bagi membolehkan Azmin mengambil kesempatan merebut kerusi hangat ini.

    Ironinya, hasil pertemuan ini di khabarkan sekurang-kurangnya 10 orang Adun PAS akan menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Khalid bagi mengembalikan pemerintahan Khalid sebagai Menteri Besar. Perkembangan ini menyaksikan kedudukan Azmin akan goyah dan ini mungkin menyaksikan Azmin bakal menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Selangor.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KERAJAAN SELANGOR KIAN GOYAH Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top