My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 April 2015

    KEPRIHATINAN BICARA RAKYAT

    Nasib dan permasalahan Orang Kurang Upaya (OKU) selalunya di pandang sinis oleh beberapa pegawai Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga kadang kala menimbulkan rasa kurang senang dan menimbulkan perselisihan faham kepada golongan ini. Nasib mereka kadang kala di pandang sepi oleh sesetengah masyarakat.

    Baru-baru ini salah seorang ahli Bicara Rakyat mendengar keluh kesah dari seorang OKU di Pulau Pinang. Menurut Encik Ramli Bin Md Ismail, beliau sudah beberapa kali memohon kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri malah pernah meminta tolong ADUN beliau sendiri tetapi permohonan beliau kepada beberapa agensi berkenaan sentiasa "sepi". Tiada khabar mahupun tindakan pantas daripada pihak berkenaan terutama wakil dari kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Masalah Encik Ramli akhirnya sampai kepada salah seorang wakil Bicara Rakyat dimana beliau membawa permasalahan ini ke Ahli Sidang Bicara Rakyat untuk tindakan lanjut. Menerusi Presiden Bicara Rakyat, permasalahan Encik Ramli ini di bawa ke pengetahuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Dato Seri Rohani Abdul Karim, untuk tindakan lebih lanjut. Hasilnya, ppermohonan Encik Ramli ini hanya mengambil masa hanya 24 jam untuk di luluskan malah beliau kini memperolehi kad OKUnya, sesuatu yang beliau hajati tetapi gagal dilaksanakan oleh Jabatan peringkat negeri mahupun Kerajaan Negeri DAP. Nyata slogan Negeri Berkebajikan yang di laungkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat hanyalah sekadar retorik.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEPRIHATINAN BICARA RAKYAT Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top