My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 24 April 2015

    IMPAK DAN MASIH RELEVANKAH PERGERAKAN PEMUDA UMNO DI ROMPIN

    Apa yang penulis ingin nukilkan kali ini memang agak kurang menyenangkan. Tetapi inilah hakikat yang terpaksa di telan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pilihanraya kecil P091 Parlimen Rompin kali ini. Jelas konflik yang di timbulkan oleh beberapa orang ini telah mengakibatkan ramai penduduk di sini mula mempersoalkan kredebiliti dan relevan Pemuda UMNO dalam merancanakan kemenangan calon Barisan Nasional di sini, Datuk Hassan Arifin.

    Hampir kesemua jentera gerakan Barisan Nasional di Rompin telah di rasmikan dengan jayanya. Bermula dengan pusat gerakan Barisan Nasional di Muadzam Shah pada 18hb April yang lepas, di ikuti Jentera Pilihanraya Wanita UMNO peringkat bahagian juga di Muadzam Shah, Isnin lepas, Perasmian Jentera pilihanraya Puteri UMNO, Jentera MIC, MCA dan Gerakan di Kuala Rompin pada hari rabu yang lepas. Kini hanya satu lagi jentera yang masih belum di rasmikan serta di gerakkan, Pemuda UMNO Malaysia. Mengikut perancangan asal, jentera ini akan di rasmikan pada hari Khamis lepas oleh Dato Seri Hishamuddin. tetapi ianya di tunda (mungkin di batalkan) ke suatu hari yang akan di beritahu kelak. Suasana ini jelas menimbulkan persoalan, apa yang terjadi kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

    Sebaik di rasmikan Rabu lepas, jentera pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan jentera Wanita UMNO terus melakukan gerak kerja agresif dalam merapati pengundi serta melakukan kunjung hormat kepusat-pusat media yang berkampung di Kuala Rompin. Tetapi Pemuda UMNO bahagian bergerak seolah-olah tiada hala tuju. Sepatutnya mereka lebih agresif dari pergerakan Puteri dan Wanita tetapi kini menjadi sebaliknya. Menambah kekusutan, Yang Berhormat Khairy Jamalddin juga sehingga kini masih belum tiba ke Rompin untuk memberi kata semangat kepada jentera Pemuda. Ini jelas menimbulkan rasa janggal di kalangan penduduk sedangkan Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan sendiri turun padang bersama jenteranya. Adakah ini di panggil peramajaan UMNO? Ketika penulis bertanya dengan Zahida tentang perasmian Jentera Pemuda, beliau sendiri mengakui agak kabur tentang permasalahan yang di hadapi Pemuda sehingga mengakibatkan perlancaran jentera Pemuda tertangguh. Pelik bukan?


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: IMPAK DAN MASIH RELEVANKAH PERGERAKAN PEMUDA UMNO DI ROMPIN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top