My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 April 2015

    SOKONGAN SEMAKIN BERTAMBAH

    Pergerakan Puteri Umno Malaysia hari ini menyuarakan sokongan penuh terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dalam menghadapi serangan berterusan dari semua sudut terutama asakan bertalu-talu dari mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed.

    Dalam sidang media yang di buat oleh Ketua Puteri Umno Malaysia, Yang Berhormat Dato Mas Ermieyati Samsudin pagi ini di Putra World Trade Center (PWTC), beliau sekali lagi dan senada dengan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam menyuarakan sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Razak dalam memimpin negara mengikut acuan beliau sendiri tanpa campur tangan yang boleh merosakkan imej dan corak pentadbiran beliau dan parti amnya.

    Menurut beliau, Perdana Menteri harus di beri ruang secukupnya dalam meneruskan sebarang agenda yang telah dan akan beliau laksanakan bersesuaian dengan kehendak masa kini. Jesteru beliau juga mencadangkan supaya pertemuan empat mata antara Dato Seri Mohd Najib dan Tun Dr Mahathir dapat di adakan seberapa segera bagi mengelakkan salah faham ini semakin berterusan dan seterusnya merosak imej parti di mata masyarakat.

    Beliau juga menegaskan, kemelut ini tidak akan merosak dan mengganggu gugat parti kerana UMNO sendiri pernah berhadapan dengan situasi paling mencabar sewaktu pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Isu-isu berkaitan dengan 1MDB, jambatan bengkok mahupun tuduhan tidak berasas terhadap kematian model sambilan dari Monggolia, Altantuya Sharibuu yang kononnya angkara Najib tidak akan mengganggu dan menurunkan jumlah undi yang akan di terima pada 2 pilihanraya kecil yang akan mengambil tempat pada awal bulan Mei nanti.

    Jesteru beliau meminta supaya kedua-dua belah kem yang wujud kini mencari titik persamaan dalam meneruskan serta memperkukuhkan UMNO dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Sifat menjadi batu api jelas tidak membantu dalam menyelesaikan kemelut yang timbul.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SOKONGAN SEMAKIN BERTAMBAH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top