My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 25 April 2015

    ZAHIDA ZARIK PENYELAMAT IMEJ UMNO DI ROMPIN

    Kisah kegagalan Pemuda UMNO dalam menggerakkan jentera yang lebih tersusun pada Pilihanraya Kecil P091 Rompin bukan perkara baru disini. Terbaru dikhabarkan Pergerakan Pemuda tempatan di bantu Pergerakan Pemuda Johor hanya datang berkunjung ke Felda Selancar untuk bertemu beberapa orang penduduk yang minun di warung di sana. Kemudian mereka berpecah balik ke kawasan mereka awal pagi tadi.

    Berbeza dengan Pergerakan Puteri UMNO yang begitu agresif bergerak hampir setiap hari di Daerah Rompin. Dengan di ketuai oleh Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan, rombongan mereka sejak hari pertama tidak putus-putus bergerak ke serata tempat dengan di bantu oleh Pergerakan Puteri setempat dan Kumpulan Puteri Terengganu Transformasi Baru (TTB). Ini jelas berbeza dengan mana-mana kepimpinan tertinggi Pemuda yang sehingga artikel ini di tulis LANGSUNG tiada gerak kerja bersepadu di kalangan Pemuda.

    Kehadiran Azwan Bro selaku Naib Ketua Pemuda UMNO ke sini juga di seliputi kontraversi berpanjangan dengan tindakan biadab beliau dan 4 orang lagi exconya mahu "menggulingkan" Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Yang nyata Datuk Hassan Arifin disini banyak bergantung harap terhadap jentera dari Pergerakan Wanita dan Puteri serta di bantu oleh Jentera dari MCA, Gerakan dan MIC dalam menjayakan kempen beliau. Ini jelas sesuatu yang amat mengecewakan dan begitubaib bagi pergerakan Pemuda itu sendiri.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ZAHIDA ZARIK PENYELAMAT IMEJ UMNO DI ROMPIN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top