My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 3 April 2015

    APA LAGI YANG MAHATHIR MAHU

    Serangan dari Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak bukanlah 1 perkara baru. Pelbagai perkara dan dasar yang dibuat oleh Perdana Menteri seolah-olah tiada 1 pun yang di perkenan oleh Tun. Malah kadangkala tindakan Tun seperti over shadow dan mesti mendapat perkenan Tun dahulu sebelum dapat di laksana.

    Selama 22 tahun Tun M memerintah, bukan sedikit yang mempertahankan dasar yang beliau laksanakan. Tidak kiralah samada ianya baik mahupun tidak. Tidak di nafikan, beliau merupakan arkitek pembangunan terhebat negara sehingga negara menikmati apa yang pada satu ketika dahulu orang anggap hanyalah angan-angan Mat Jenin. Sikap kerasnya terhadap blok negara barat juga mendapat sanjungan bukan hanya di dalam negara, malah mampu menarik komuniti luar negara. Dari sebuah negara yang tidak di kenali, beliau membawa Malaysia menjadi terkenal bagi sebuah negara kecil di Asia Tenggara. Persoalannya, selepas beliau meletak jawatan, adakah jasa-jasa beliau ini menjadi tiket over shadow bagi setiap Perdana Menteri selepas beliau?

    Di zaman Tun Abdullah, dimana beliau sendiri yang melantik Tun Abdullah sebagai pengganti beliau, hanya separuh penggal, beliau mengasak Tun Abdullah dari segenap penjuru agar Tun Abdullah meletak jawatan. Pelbagai andaian dan serangan dari Tun M terhadap Tun Abdullah sehingga sampai 1 tahap di mana Tun M pernah mengeluarkan kenyataan bahawa perlantikan Tun Abdullah merupakan 1 kesilapan. Bermula dengan isu jambatan bengkok sehingga dasar Islam Hadhari dan membawa Khairy Jamaluddin ke dalam arus politik perdana, semuanya menjadi bahan Tun sehingga memaksa Tun Abdullah meletak jawatan, tanpa sempat Tun Abdullah melaksanakan apa yang beliau rancang terhadap Malaysia. Persoalan disini, kenapa pengganti yang beliau sendiri lantik tetapi beliau sendiri yang memaksa untuk meletakkan jawatan? Adakah kerana isu Jambatan bengkok? Adakah isu kekalahan Mukhriz di tangan Khairy semasa pemilihan ketua Pemuda?

    Kini di zaman Dato Seri Najib, juga nama yang beliau cadangkan sebagai seorang bayangan beliau setelah beliau meletakkan Tun Abdullah sebagai seorang failure. Tidak di nafikan setiap Perdana Menteri mempunyai aspirasi masing-masing terhadap pemerintahan negara. Seawal 2009, serangan pertama di lakukan dan paling terkini serangan 3 peluru, Isu GST, Altantuya dan kelemahan UMNO. Tun sendiri seorang pakar ekonomi yang di akui dunia. Malah sewaktu pemerintahan Tun pada 1992, beliau sendiri mangakui kata-kata Menteri Kewangan pada masa itu, Dato Seri Anwar bahawa GST harus di laksanakan secepat mungkin. Tetapi kini beliau mendakwa kerajaan tidak sepatutnya melaksanakan GST sedangkan beliau tahu GST mampu menjana pendapatan yang lebih efisyen kepada negara. Jadi di mana relevannya kata-kata Tun pada 1992 dan membuat pusingan 'U' kini?

    Isu Altantuya, kes ini sepatutnya sudah lama di tutup kerana si perlaku sudahpun di hukum. Malah jika tidak salah penulis, Tun sendiri mengakui perjalanan kes ini telus dan menjaga imej negara. Jadi kenapa Tun seolah-olah menunding jari kepada Dato Seri Mohd Najib seolah-olah semua ini di rancang oleh beliau? Penulis mengikuti perjalan kes ini dan penulis nampak dan tahu Dato Seri Mohd Najib bukan hanya sekali tetapi 3 kali bersumpah di atas mimbar masjid mengatakan beliau dan isteri tidak pernah terlibat secara langsung malah tidak langsung dalam kes ini. Malah ayah kepada Altantuya sendiri pernah menafikan penglibatan Najib dalam kes high profile ini. Adakah Mahkamah lebih hebat dan mu
    lia berbanding pengakuan bersumpah seorang makhluk kepada Tuhannya? Di zaman Tun, bukan sekali, tetapi 17 kali aduan Datin Seri Wan Azizah kepada Tun dengan mengatakan Anwar memang seorang homoseksual. Hanya pada kali ke 18 barulah Tun menangkap salah laku Anwar. Pernahkah Tun memaksa atau menyuruh Anwar bersumpah mengatakan beliau bersih dari dakwaan sebegini? Hasil "tinggalan" Tun inilah yang menjadi halangan pada setiap langkah Dato Seri Najib memacu
    Malaysia menjadi sebuah negara mengikut acuan beliau sendiri. Kegagalan yang terpaksa hampir semua jentera menanggungnya selagi dia masih benyawa. Persoalannya, apa yang Tun mahu dari Dato Seri Mohd Najib? Adakah Tun mahu dana dari Kerajaan sekarang untuk membangunkan sesuatu?


    Isu ekonomi dan kelemahan UMNO, di zaman Tun, bukan sedikit syarikat konglemerat di Malaysia mengalami kejatuhan teruk. Cukup hanya 3 isu yang kesannya dapat di lihat sehingga hari ini. Perwaja Steel menggalami kerugian berbillion ringgit sehingga Tan Sri Eric Chia meninggal dunia sekalipun kes ini tidak pernah selesai. Isu PKFZ, sehingga mengheret beberapa nama besar ke Mahkamah untuk memberi keterangan. Juga mengalami kerugian berbillion ringgit. Isu Proton sehingga 2 kali kerajaan di zaman beliau dan Tun Abdullah memberi geran berbillion ringgit bagi menyelamatkan Proton. Adakah ini masih di anggap sebagai tindakan heroic? Kelemahan UMNO kini. Adakah di sebabkan kepincangan pemimpin yang ada sekarang? Memang ada asasnya terdapat kepincangan pemimpin juga menyumbang kelemahan. Tetapi, bukankah pada 1988 Umno pernah di isytiharkan Parti yang tidak sah? Bukankah dasar beliau yang menyebabkan sekumpulan ahli veteran UMNO mewujudkan Semangat 46? Bukankah sikap beliau yang suka mengganggu urusan pentadbiran negara menyumbang kepada perpecahan UMNO kini? Adakah beliau lupa sewaktu 1988, beliau masih mendapat sokongan untuk menjadi presiden Parti? Adakah beliau lupa sewaktu beliau menang tipis di pertandingan jawatan Presiden Parti, beliau sendiri pening dengan kewujudan kem-kem dalam UMNO? Jadi kenapa perkara yang lepas beliau heret ke dalam kepimpinan sekarang?

    One Hugh mistake will make people's forgot all the good deeds that you have done. Selama 22 tahun Tun memerintah, bukan sedikit sokongan yang Tun terima. Satu-satunya penentang kuat beliau pada masa itu ialah Tunku Abdul Rahman. Itupun tidak lama. Jadi pada pimikiran penulis, biar Perdana Menteri menguruskan negara mengikut acuan beliau sendiri. Bukan senantiasa menjadi Over shadow bagi setiap keputusan kabinet negara. Jika Tun sedar tindakan Tun sekarang akan menyebabkan 7 persoalan ini muncul. Apa lagi yang Tun mahu? Apa rasionalnya tindakan Tun? Adakah niat terselindung di sebalik desakan Tun? Adakah kerana Proton? Adakah kerana Jambatan Bengkok? Adakah kerana Mukhriz? Adakah kerana Tun mahu kembali ke Putrajaya? Hanya Tun sahaja boleh menjawab persoalan ini. Untuk warga UMNO, Tun bukanlah Dewata di dalam UMNO. Jasanya sentiasa kita kenang. Tetapi taat dan setia kita kepada kerajaan yang memerintah kini.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    1. One Hugh mistake will make people's forgot all the good deeds that you have done.

      ReplyDelete

    Item Reviewed: APA LAGI YANG MAHATHIR MAHU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top