.jpg)
.jpg)
Menerusi beberapa temubual
dengan penyokong PAS sendiri,mereka mengakui tidak mengenali calon PAS ini
memandangkan beliau bukan anak jati kelahiran Rompin. Malah pencalonan beliau
juga di luar pengetahuan PAS daerah Rompin. Mereka hanya di beritahu kira-kira
jam 11 malam menerusi panggilan telefon dari Pejabat PAS Pusat. Ini di buktikan
dengan kehadiran 200 orang sahaja penyokong PAS di pusat penamaan calon
semalam. Ini membuktikan PAS Rompin juga seolah-olah menolak pencalonan
berkenaan.
PENGARUH PASMA DALAM PRK KALI
INI
.jpg)
Yang melucukan, sewaktu
ceramah Khalid di sini Isnin lepas, penyokong PAS sendiri agak terpingga-pingga
kerana langsung tidak di perkenalkan siapa calon yang mewakili PAS di Rompin.
Sebaliknya Khalid di lihat seolah-olah seperti orang hilang akal dengan
mendakwa kerajaan Malaysia kini terlalu teruk dan boros. Isu Tun M juga di
jadikan bahan modal Khalid dalam memupuk kebencian warga Rompin.
Dalam satu temubual di sini
Isnin lepas, beberapa orang penyokong PAS sendiri muak dengan propaganda yang
di bawa Khalid dalam mempromosikan PAS di Rompin. Mereka menegaskan mahu
mendengar sesuatu yang lebih menjamin kehidupan lebih baik dari mendengar
isu-isu semasa yang langsung tiada hubung kait dengan keadaan semasa di Rompin.
JSJM
0 comments:
Post a Comment