Negeri Perak
mempunyai sejarah Kesultanan yang begitu unik malah sehingga hari ini masih
meneruskan tradisi dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang di asaskan oleh
Parameswara pada tahun 1396. Menurut catatan sejarah, tidak beberapa lama
selepas Tun Saban (anak Bendahara Tun Perak, Melaka) meninggalkan Kampar
(Sumatera) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah membuka sebuah kampung
bernama Relap Reli dan menjadi ketua di Belum seterusnya mengangkat adik
perempuannya bernama Tun Perabu menjadi Ketua di Temong dengan gelaran Tok
Temong.
Ketika itu,
Perak di bawah naungan Kesultanan Melaka masih belum beraja. Kebanyakkan
penduduknya terdiri daripada pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan
Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka
yang berasal dari Daik memelihara seorang dari Bangsa Temusai bernama Nakhoda
Kassim. Beliau telah berwasiat tempat beliau digantikan dengan seorang Raja
yang berasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-Raja yang turun
dari Bukit Si-Gantang tiada terputus di Tanah Melayu.
pedang Cura Si Manjakini |
Tun Saban
dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah (Sultan
Melaka terakhir sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis) memohon supaya seorang
putera baginda menjadi Sultan Perak. Maka Sultan Mahmud Shah telah meminta
putera keduanya Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak pada tahun 1528. Raja
Mudzaffar dikurniakan alat kebesaran iaitu sebilah pedang Cura Si Manja Kini,
sebilah keris, sebuah cap yang berlorek perkataan “Sultan Muhammad Shah Dzil
Allah Fil-Alam”, nobat dan surat Chiri. Tidak lama kemudian, Raja Mudzaffar
belayar bersama isterinya Tun Terang, anak lelaki Raja Mansur dan pengiring
termasuk Megat Teraweh Ibni Daulat Pagar Ruyong.
Beting Beras Basah, Bagan Datoh |
Akhirnya,
bahtera yang dinaiki rombongannya tiba di Beting Beras Basah di Kuala Sungai
Perak berdekatan dengan Bagan Datoh. Dengan takdir Tuhan, bahteranya tersangkut
pada beting terbabit. Walaupun pelbagai usaha dilakukan (ada cerita mengatakan
beliau membuang segala harta ke dalam laut untuk meringankan kapal), kapal itu
tetap tersangkut. Sebalik melihat masalah itu, Raja Mudzaffar terus bertitah:
“Sekongkong
tanah Minangkabau
Selilit
Pulau Perca
Di lengkong
ular Saktimuna
Perpisahan
Beta di Selat Melaka
Jika sah
Beta Raja Berdaulat
Lepaslah
sekalian Malapetaka”
Makam Tok Temong Kuala Kangsar |
Mustika Embun |
Selepas
seruan itu, ajaibnya bahtera berkenaan terus bergerak. Orang-Orang Besar dan beribu-ribu rakyat
negeri Perak yang menyambut Baginda berteriak “Daulat Tuanku” tiga kali
berturut-turut. Kemudian Baginda diarak mudik Sungai Perak sehingga ke Tanah
Abang untuk ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Tok Temong telah
membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama Mastika Embun dan telah
dijadikan salah satu alat kebesaran Diraja Perak dan digunakan dalam Istiadat
Pertabalan Diraja Perak. Sebagai balasan, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan
Bujur (bekas sireh) tetapi dikembalikan kerana Tok Temong hanya berkehendakkan
satu ikrar janji daripada Sultan iaitu Baginda serta anak cucu hendaklah
memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu
memerintah di sebelah kiri.
Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah |
Dari itu,
didapati kota-kota istana dan makan Sultan-Sultan Perak di zaman dahulu
terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum
Sultan Idris Murshidul ‘adzam Shah yang mula-mula membuat kota istana dan makam
disebelah kiri. Tok Temong meninggal di Kampung Temong dan dimakamkan di sana.
Sehingga kini makamnya diziarahi tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda
ditabalkan.
Bersambung...
JSJM
0 comments:
Post a Comment