Hari ini pada jam 11pagi tadi, Dato Ahmad Maslan telah membuat 1 laporan polis terhadap individu yang menghina bonda beliau dengan panggilan "babi". Laporan yang di buat di Balai Polis Dang Wangi ini dibuat setelah beliau mendapat penghinaan ini di percayai menerusi laman sosial.
Bagi penulis, adalah amat terkutuk tindakan individu berkenaan apabila menggelarkan seseorang yang bukan lawan politik mahupun individu dengan gelaran sedemikian. Jadi tindakan Dato Ahmad Maslan ini tepat dalam memelihara maruah diri dan keluarga beliau dari terus di perkotak katikkan oleh individu yang tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab.
0 comments:
Post a Comment