My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 25 April 2015

    CERAMAH HARAM PAS PENUH RETORIK

    Bertempat di kawasan parkir kenderaan di tengah-tengah bandar Kuala Rompin, PAS sekali lagi menganjurkan ceramah bebasnya dan kali ini di hadiri kira-kira 60 orang "pendengar setia" serta membawa penceramahnya dari Marang, Chukai dan Kuantan. Di khabarkan mereka juga membawa Mohamed Sabu yang kebetulan berada di Rompin semalam akan tetapi tidak kesampaian.

    Ceramah yang bermula kira-kira jam 9 malam ini hanyalah berkisar kepada isu-isu biasa yang mereka laungkan. Isu GST menyebabkan semua harga barangan naik menjadi modal utama. Di selang dengan isu pembelian Jet kerajaan, isu 1MDB, gaya kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, ketirisan, rasuah dan sebagainya. Semua ini langsung tidak menyebut tentang pembangunan setempat dan modal insan di Parlimen Rompin wal hal ini yang di tuntut oleh kebanyakan masyarakat di Rompin ini.

    Paling melucukan, penceramah jemputan dari Kuantan mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamed kini telah menjadi Ketua Pembangkang di Malaysia. Buktinya, beliau secara kosisten menghentam kepimpinan Dato Seri Mohd Najib dan di laporkan mendakwa Barisan Nasional akan kalah di Rompin. Paling mengecewakan, mereka dengan selambanya membakar perasaan beberapa kaum cina yang minum di gerai bersebelahan dengan menghasut mereka menolak Datuk Hassan Arifin, calon Barisan Nasional di Rompin dan Kerajaan Malaysia Amnya.

    Walaubagaimanapun, ceramah haram ini akhirnya terpaksa di hentikan pada jam 10.45 malam kerana di halang oleh Polis Di Raja Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya serta Pihak Berkuasa Tempatan. Alasan utama ialah ceramah ini tidak mempunyai permit dan tidak sah. Kejadian ini berlaku sewaktu penceramah dari Chukai sedang memberi ceramah provokasinya. Terdapat sedikit ketegangan tercetus dari Unit Amal PAS dengan pihak berkuasa, tetapi mujur tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku. Ini memaksa polis menempatkan kira-kira 14 orang anggotanya di lokasi ceramah berkenaan. Ceramah ini bersurai sepenuhnya tepat jam 11.30 malam.





    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: CERAMAH HARAM PAS PENUH RETORIK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top