My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 18 April 2015

    SOKONGAN SEMAKIN BERTAMBAH

    Petang tadi, satu kenyataan akhbar telah di keluarkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan semua wakil-wakil rakyat UMNO Negeri Kedah dalam menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak bagi meneruskan kepimpinan dan penadbiran beliau kepada Malaysia.

    Dalam kenyataan akhbar 7 perenggan berkenaan, mereka menegaskan sokongan penuh tanpa berbelah bahagi terhadap Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Di samping itu, mereka turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Yang Berhormat, Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir selaku pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan jawatan Menteri Besar yang di beri kepercayaan oleh Presiden Parti dan Perdana Menteri dalam meneruskan pentadbiran di Negeri Kedah Darul Aman.

    Badan Perhubungan UMNO Negeri juga menyuarakan rasa hormat mereka terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed serta sentiasa mengenang jasa-jasa beliau semasa era pemerintahan beliau. Cuma mereka menegaskan Tun harus memberi masa untuk Perdana Menteri melaksanakan agenda yang telah beliau rangka sebelum dan akan beliau laksanakan. Di samping itu, mereka menegaskan, memberi kepercayaan di atas tindakan Perdana Menteri dalam mengarahkan Jabatan Audit Negara menyiasat 1MDB dan menyerahkan hasil laporan berkenaan kepada PAC untuk di sahkan dan seterusnya merangka tindakan susulan berdasarkan laporan berkenaan.

    Cuma agak menghairankan, pada sidang akhbar berkenaan menyatakan hasil dari mesyuarat yang di adakan menyatakan persetujuan supaya Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini atas alasan mereka memahami "konflik" yang di hadapi oleh pengerusi baadan perhubungan. Mereka juga bersetuju untuk membatalkan mesyuarat khas badan perhubungan yang di jangka pada 24hb April ini di Kuala Lumpur dan seterusnya menafikan sebarang perpecahan yang berlaku di dalam UMNO berhubung konflik Tun dan Perdana Menteri.

    Agak sedikit janggal apabila pengerusinya sendiri tidak tampil kehadapan dalam menyuarakan sokongan kerana bagi pendapat penulis, seharusnya dalam urusan rasmi UMNO mahupun kerajaan, beliau seharusnya lebih profesional dalam menangani permasalahan ini. Bukan menidakkan hubungan kekeluargaan, cuma lebih manis andai beliau sendiri menyatakan sokongan dari menghantar wakil bagi pihak beliau.





    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SOKONGAN SEMAKIN BERTAMBAH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top