My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 15 April 2015

    LANGKAH PERTAMA WANITA BESI

    Hilary Rodham Clinton baru-baru ini sah menjadi calon utama dari Democratic Party untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat yang ke 45 bagi menggantikan Presiden Amerika sekarang, Barrack Hussien Obama. Beliau dijangka akan di tentang oleh wakil dari Republican Party, musuh tradisi Democratic Party sejak sekian lama.

    Pencalonan ini sudah dijangka kerana beliau sudah lama bersaing bagi merebut jawatan Presiden. Siapa dapat melupakan persaingan panjang beliau dengan Obama bermula dari tahun 2004 dan hanya di muktamadkan pada tahun 2007. Setelah beliau tewas untuk pencalonan utama sebagai calon presiden yang mewakili Democratic Party di pada Konvensyen Kebangsaan Democratic pada 2007, beliau memilih untuk memberi sokongan padu kepada Obama untuk menjadi Presiden kulit hitam pertama memerintah negara yang paling berkuasa di dunia. Sokongan beliau adalah key point kepada Obama dan seterusnya memuktamadkan pemilihan Obama sebagai Presiden. Sebaik Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 44, Hilary telah di lantik sebagai Setiausaha Negara dalam penggal pertama pemerintahan Obama.


    Menariknya, langkah pertama Hilary dalm kempennya kali ini bermula di laman sosial samada di Facebook, Youtube, Blog mahupun Twiter.Dalam satu temubual eksklusif dengan sebuah akhbar tempatan, beliau mengakui trend politik dunia kini semakin lama semakin di kuasai oleh laman-laman sosial yang ada kini. Jadi atas kesedaran beliau tentang hala tuju kempennya kali ini, beliau memilih untuk mempromosikan kempennya di semua laman sosial termasuk menerbitkan satu video di laman Youtube. Atas kesedaran ini beliau telah mengarahkan jentera pilihanrayanya untuk melipat gandakan kempen mereka menerusi media sosial selain mengadakan roadtour seperti lazimnya.

    Untuk rujukan, Hilary merupakan isteri kepada bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke 42, Bill Clinton yang mana sepanjang pemerintahan suaminya terkenal dengan tragedi Black Hawk Down di Somalia dan skandal seks dengan bekas pembantu peribadinya, Monica Lewinsky. Andai Hilary berjaya pada pemilihan kali ini, beliau akan mencipta satu lagi sejarah Amerika Syarikat, sebagai Presiden Wanita Pertama di pilih setelah Obama mencipta sejarah sebagai Presiden Kulit Hitam pertama.

    p/s : andai Hilary berjaya menjadi presiden, apakah gelaran terbaik untuk Bill, suaminya? First man?

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: LANGKAH PERTAMA WANITA BESI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top