My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 April 2015

    PERLANCARAN JENTERA WANITA BARISAN NASIONAL

    SALAM DARI ROMPIN

    Bertempat di Dewan Besar DARA Bandar Satelit, Muadzam Shah, Rompin Pahang, Pergerakan Wanita UMNO hari ini telah melancarkan Jentera Wanita Barisan Nasional dimana program ini di hadiri oleh Naib Presiden UMNO, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato Seri Shahrizat Jalil, Barisan exco wanita negeri serta kira-kira 500 orang yang mewakili 1,817 cawangan Srikandi Jalinan Rakyat yang di selenggara oleh Pegerakan Wanita UMNO Malaysia.

    Program ini antara lain merapatkan ukhwah sesama wanita dalam menghadapi Pilihanraya kecil Parlimen Rompin. Turut hadir dalam majlis ini adalah calon P091 Parlimen Rompin, Datuk Hassan Arifin. Menerusi ucapan sulung beliau, beliau menzahirkan rasa bangga dan bersyukur di atas pemilihan beliau sebagai calon yang menggantikan seorang yang cukup berkaliber dan di segani, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Beliau juga berjanji akan berusaha mengekalkan kerusi Rompin ini kekal milik Barisan Nasional dan cuba mendapatkan majoriti yang lebih baik.

    Dalam majlis berkenaan, Dato Seri Shahrizat Jalil mencabar pergerakan Wanita UMNO untuk bergerak sebagai satu pasukan dalam menempuh cabaran yang akan tiba nanti. Beliau juga amat berharap, pergerakan wanita akan terus bergerak seiringan dengan calon Barisan Nasional dalam memastikan Rompin kekal menjadi kuu kuat Barisan Nasional .

    Menerusi Naib Presiden UMNO, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien, beliau menggariskan 3 perkara yang harus di pikul oleh pergerakan Wanita UMNO. Beliau meminta memastikan kemenangan kerusi Rompin ini sebagai satu tanda jelas bahawa Barisan Nasional kekal bersatu dan tidak tergugah dengan serangan dari dalam mahupun luar UMNO. Beliau juga menegaskan Rompin penting kerana Daerah ini terletak di dalam Negeri Pahang, Neger kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau juga mahu pergerakan Wanita membawa suara Kerajaan dalam menangkis tohmahan liar yang wujud kini. Mereka harus seragam dalam menerangkan apa itu GST, permasalahan 1MDB, isu perkauman dan keagamaan dan lain-lain lagi. Wanita juga tegasnya harus berusaha keras dalam gerak kerja dan semua ini harus di seragamkan supaya calon Barisan Nasional mampu memenangi kerusi ini dengan majoriti lebih besar.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERLANCARAN JENTERA WANITA BARISAN NASIONAL Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top