My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 April 2015

    PEMERGIAN YANG DI RATAPI

    Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan ucapan Takziah serta rasa dukacita di atas kehilangan seorang tokoh terbilang di Malaysia, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis di atas kemalangan helikopter jenis AS365 Dauphin yang menimpa beliau 4hb April yang lepas di Semenyih Selangor.

    Kemalangan ngeri yang meragut 6 nyawa ini jelas memberi kesan kepada Yang Amat Berhormat, Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak apatah lagi Arwah merupakan sahabat b
    aik Dato Seri Najib. Di tambah lagi pemergian arwah turut di iringi oleh seorang lagi yang begitu hampir dengan Dato Seri Najib iaitu Ketua Setiausaha Sulit Jabatan Perdana Menteri, Dato Azlin Alias. Turut terkorban, Dato Seri Robert Tan Chung Meng, Pengarah Urusan IGB, Kapten Cliff Fournier, Pembantu jurterbang, Erdiana dan pengawal peribadi Dr Jamaluddin, Razkan Seran.

    Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis di lahirkan pada 25hb May 1951 di Pekan Pahang, merupakan seorang tokoh politik dan berfikiran bisnes antara yang terbaik pernah di lahirkan di Malaysia. Memulakan karier politik sewaktu memenangi pilihanraya di Parlimen Rompin dan terus memegang kerusi ini sehingga hari kematiannya. Beliau juga pernah menjawat jawatan di pelbagai kementerian antaranya Menteri Kewangan ke II, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Ketokohan Arwah seterusnya dapat dilihat apabila beliau menerajui Projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) apabila menjawat jawatan sebagai pengerusi.

    Kemalangan yang jelas tidak disangka ini jelas merupakan satu kejutan besar kepada Dato Seri Mohd Najib dan seluruh rakyat Malaysia kerana kejadian ini jelas tidak disangka. Mengikut laporan portal berita, Helikopter malang ini meletup di udara sewaktu kemalangan dan seterusnya terhempas di kawasan ladang getah di Semenyih Selangor dan seterusnya mengobankan kesemua mangsa. Mayat Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis di kebumikan semalam selepas solat Asar di Makam Pahlawan. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Kalsom Ismail dan 4 orang anak.

    Akibat dari kemalangan ini, Parlimen Rompin kosong setelah kematian penyandangnya dan ini membolehkan pilihanraya kecil di lakukan setelah mendapat n
    otis kekosongan dari Speaker Dewan kepada  Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

    Sekali lagi penulis mengucapkan TAKZIAH kepada kesemua keluarga mangsa. Semoga Allah mencucuri rahmat di atas roh mereka.

    Al-Fatihah

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PEMERGIAN YANG DI RATAPI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top