My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 April 2015

    KWSP-PEMBANTU ATAU PEROSAK?

    Sejak akhir-akhir ini sibuk di perkatakan tentang cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahu pengeluaran penuh dapat dilaksanakan apabila pencarum berusia 60 tahun. Alasan yang di berikan ialah pada usia 55 tahun kini, Kebanyakan pencarum akan menghabiskan duit simpanan mereka dalam masa hanya 5 tahun.

    Pelbagai reaksi di terima dari kalangan masyarakat berhubung cadangan ini. Rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan ini. Lebih menyedihkan cadangan ini telah di politikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya kerajaan mahu menggunakan duit ini sebagai modal pusingan dalam mentadbir negara. Suatu dakwaan yang jelas dangkal dan tidak bertanggungjawab.

    Pada pandangan penulis, kewajaran cadangan KWSP ini jelas boleh di pertikaikan. Jika di lihat faktor umur bagi kebanyakan rakyat Malaysia kini, mengikut kajian, purata umur bagi rakyat Malaysia adalah di antara 65 hingga 68 tahun. Kebanyakan mereka selepas pencen hanyalah menumpukan masa pada amal ibadat dan menunggu panggilan Tabung Haji untuk mengerjakan haji. Jika di hitung pada koata yang di beri oleh Kerajaan Arab Saudi kini, seramai 22,900 orang sahaja terpilih untuk mengerjakan haji setiap tahun dimana waktu menunggu mengjangkau sehingga 60 tahun. Jadi jelas kewajaran KWSP mahu melanjutkan usia sehingga 60 tahun barulah pencarum menikmati hasil caruman mereka jelas mengarut.

    Sewajarnya KWSP memperkemaskan semula sistem mereka. Wajar bagi KWSP bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan memberi taklimat ataupun kursus ringkas bagaimana pencarum yang akan menerima wang mereka dapat menguruskan wang caruman mereka dengan lebih berfaedah. Bukan mencadangkan sesuatu yang mengarut seperti ini. Jika cadangan ini di persetujui sekalipun, adalah wajar pihak yang berkenaan melihat kembali purata umur rakyat Malaysia kini dan lebih wajar KWSP memperkemaskan semula sistem mereka dari terus menerus membuatkan pencarum tertunggu-tunggu untuk menikmati wang caruman mereka.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KWSP-PEMBANTU ATAU PEROSAK? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top