My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 8 April 2015

    IMPAK PERANG SAUDARA

    Pertembungan Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamed sudah memasuki episod baru. Episod yang jelas semakin lama semakin merosakkan keharmonian dan keutuhan parti itu sendiri.

    Penulis tidak berminat untuk mengulas lanjut apa kesilapan yang Tun pernah lakukan semasa pemerintahan Tun di bumi Malaysia ini. Penulis lebih berminat untuk mengulas impak dari pertembungan 2 kuasa yang pada penilaian penulis jelas merosakkan segala-galanya yang di bina sejak 1946 dan Umno baru 1988.

    Bagi kebanyak pro Tun M, mereka melihat Tun M sekadar bertanya kepada Dato Seri Najib beberapa perkara yang pada pemikiran dan penglihatan penulis adalah tidak wajar di tanyakan secara umum. Ini kerana kita dapat melihat apa impak yang terjadi selepas itu. Kita semua akui kita wajib mematuhi pemimpin kita selagi tidak membawa masalah Aqidah dan melakukan tindakan kejam kepada rakyat. Jadi adalah tidak menghairankan jika kita dapat melihat ada kenyataan yang pro Dato Seri Najib dan ada kenyat
    aan yang pro Tun M.

    Tiada yang salah jika Tun ingin bertanyakan berberapa perkara jika niat Tun benar mahu penjelasan. Cuma yang di sesalkan oleh pro Dato Seri Najib ialah cara Tun menzahirkan pertanyaan sedemikian secara umum. Semua orang tahu yang Tun boleh bertanya secara tertutup dan Tun mengeluarkan sendiri mengeluarkan kenyataan berasingan untuk memuaskan hatinya. Akan tetapi bilamana pertanyaan secara umum ini di zahirkan, jadi tidak hairanlah semua ini memancing para penyokong Dato Seri Najib dari melompat.

    Impak dari semua ini bukan sedikit. Secara sedar ataupun tidak, Umno sedikit demi sedikit terpecah kepada 2 kem, sama yang berlaku sewaktu pertandingan sengit antara Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah dan Tun M bagi jawatan Presiden Parti suatu ketika dahulu. Kewujudan 2 kem ini jelas kelihatan sehingga mendorong ramai ahli Umno pada ketika itu keluar parti dan mengikut Tengku di dalam parti baru yang
    di kenali sebagai Semangat 46. Mujurlah pada ketika itu impaknya tidak begitu ketara. Tetapi apa yang berlaku kini sedikit sebanyak membimbangkan kira-kira 3.6 juta ahli Umno itu sendiri. Impak dari pertanyaan sudah menampakkan perpecahan jika tidak di bendung lebih awal.

    Penulis masih ingat terdapat tindakan terdesak beberapa pihak di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meminta Tun M menjadi Ketua Umum mereka setelah Dato Seri Anwar di hukum penjara. Kadang kala penulis tertanya-tanya, adakah kini Tun M sudah menjadi de facto Ketua Umum PKR sehingga hal yang di laung-laungkan oleh Anwar (kes Antatuya dan 1MDB) di sebut semula oleh Tun? Adakah Dato Seri Najib melakukan sesuatu yang merosakkan negara? Tidakkah semua ini mampu merosakkan keharmonian dan kestabilan Umno itu sendiri?

    Nasihat penulis kepada kedua-dua kem, hentikanlah pertelingkahan kalian terutama fan-fan page mahupun kelab-kelab penyokong. Harus di ingat, Perdana Menteri Malaysia kini adalah Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Tun Dr Mahathir Mohamed adalah mantan Perdana Menteri yang pernah manabur jasa dan memajukan Malaysia kini. Berilah peluang untuk Perdana Menteri kini mencorakkan cara pemerintahan beliau sendiri mengikut acuan beliau. Jika terdapat kesalahan dan kekeliruan, wajarlah Tun menyuarakan pendapatnya secara persendirian dan sulit. Bukankah adat melayu penuh kesenian dan peradaban? Adalah lebih manis jika semua ini di selesaikan secara muafakat bukan perperangan terbuka sebegini?

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: IMPAK PERANG SAUDARA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top