My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 29 April 2015

    HIRARKI KESULTANAN NEGERI PERAK

    Hirarki sistem pemerintahan Negeri Perak Darul Ridzuan berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga Raja bergelar menerusi kenaikan pangkat sebelum menduduki tahta utama negeri dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga DiRaja yang memerintah secara giliran iaitu dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah.

    Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah di peranakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali.

    Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.


    Sekiranya tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemetintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama. Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.

    Setelah Raja Pemerintah di Masyhurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja diHilir. Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut,

    1. Raja Kecil Bongsu.
    2. Raja Kecil Tengah
    3. Raja Kecil Sulong
    4. Raja Kecil Besar
    5. Raja Di Hilir
    6. Raja Muda.
    7. Sultan dan Yang DiPertuan.

    Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah setelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat ayng dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulung Baginda.

    Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.


    Pada Mac 2010, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan menaikkan Raja Kechil Tengah Datuk Seri Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris kepada Raja Kechil Besar dan tempatnya diganti anak lelaki kedua Sultan Azlan Shah iaitu Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah dan anaknya Raja Ahmad Nazim Azlan Shah ibni Raja Ashman Shah sebagai Raja Kecil Bongsu. Adakah perlantikan-perlantikan ini mengikut turutan seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak? Selidikilah corak perlantikan ini berasaskan artikel yang penulis lampirkan ini. Persoalan ini bukan sahaja berlaku pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Azlan, tetapi ianya turut berlaku sebelum pemerintahan Almarhum Sultan.

    Bersambung

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HIRARKI KESULTANAN NEGERI PERAK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top