My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 10 April 2015

    ADAKAH KEMELUT BAKAL BERAKHIR???

    Hari ini di TV3, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara terbuka menjawab beberapa persoalan yang sedang hebat berlegar di media sosial mahupun di dada-dada akhbar perdana. Seperti beberapa artikel penulisan penulis dalam menghuraikan beberapa kemelut yang timbul, hari ini Perdana Menteri menjawab secara rasmi apa yang sedang di perkatakan.

    Beberapa isu timbul angkara pertanyaan bersifat kontraversi dari mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkenaan urus tadbir negara kini. Hebatnya pernyataan ini sehingga boleh dikatakan wujud 2 kem antara Tun M dan Dato Seri Najib. Hampir 2 minggu persoalan ini di perkatakan dan hari ini kita dapat melihat solidariti samada dari kalangan rakyat mahupun pemimpin kompenen Barisan Nasional dalam terus menyokong kepimpinan beliau.

    Dalam rancangan berkenaan, persoalan 1MDB, kes Altantuya, secara kasar Rancangan Malaysia ke 11 dan hala tuju pemerintahan, ada beliau sentuh. Semua ini yang sentiasa di mainkan oleh beberapa pihak seolah-ol
    ah mahu menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Isu yang utama berkaitan 1MDB secara jelas di jawab oleh Perdana Menteri beserta fakta yang di akui oleh pelbagai pihak. Isu penyelewangan 1MDB jelas satu dakyah liar. Perdana Menteri secara jelas menyatakan beliau tiada kompromi dalam sebarang penyalah gunaan dana samada dari Kerajaan mahupun di dalam 1MDB. Untuk itu, Kerajaan telah mengarahkan penilaian audit secara terperinci tentang penggunaan dana di dalam 1MDB. Syarikat juruaudit terkemuka Deloitte untuk mengaudit untuk kali pertama. Hasilnya 1MDB dilaporkan telus dan tiada penyalah gunaan dana. Kemudian Kerajaan sekali lagi mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menilai kesahihan audit Deloitte dan hasilnya juga serupa. Terkini, PAC di lantik untuk menilai sekali lagi sebarang kesilapan dan hasilnya juga sama. Untuk makluman, ahli jawatankuasa PAC juga di anggotai oleh wakil dari pembangkang, NGO dan kerajaan. Jadi di sini jelas dakwaan penyalah gunaan dana tidak berasas sama sekali.

    Isu jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor yang ada kini di sentuh Perdana Menteri. Tun ada mengutarakan pandangan beliau tentang projek ini dan akhirnya beliau terpaksa membuat keputusan atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri demi kesejahteraan rakyat. Beliau lebih mengutamakan projek yang membantu rakyat dari hanya mahu menggantikan sebuah jambatan.

    Isu pembunuhan Altantuya, seperti penulis pernah menulis di dalam artikel sebelum ini, Dato Seri Mohd Najib menafikan mengenali Altantuya malah beliau sendiri telah melakukan sumpah di 3 lokasi belainan termasuk di sebuah Masjid di Permatang Pauh, Pulau Pinang-sesuatu yang Anwar Ibrahim paling takuti untuk lakukan bagi membersihkan maruahnya dalam 2 kes liwat yang beliau hadapi. Kes yang di katakan melibatkan beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur jelas tidak berasas dan sekali lagi penulis tegaskan, Tun Dr Mahathir sendiri mengakui kes berkenaan telus dan penuh intergriti dalam menjaga maruah Negara. Apakah dakwaan Tun mengatakan Dato Seri Najib mengarahkan Sirul itu benar seperti yang di dakwa jelas telah di jawab oleh beliau.

    Isu penggubalan semula Akta Hasutan juga beliau sentuh. Penggubalan undang-undang ini bukanlah seperti mengambil langkah kebelakang. Sebelum ini Dato Seri Mohd Najib pernah memberitahu Dewan Rakyat dengan mengatakan mungkin akta ini di gubal akan datang bergantung kepada keperluan. Jika kita lihat Pakatan Pembangkang kini seolah-
    olah semakin giat memprovok kerajaan setelah beberapa orang pemimpin mereka di tangkap. Penulis hairan, adakah mereka yang terlalu kebal dari sebarang tindakan undang-undang? Hasil dari tindakan bodoh merekalah undang-undang ini kembali di gubal dan di kuatkuasakan. Jadi perlukah mereka memprotes tindakan ini dan penggubalan akta ini?

    Persoalan paling besar, adakah Umno dan Barisan Nasional mampu menang di pilihanraya yang akan datang? Jawapan Perdana menteri jelas mudah. Kerajaan melakukan sebaik yang mampu demi kesejahteraan rakyat. Pengenalan GST bukan sesuatu langkah tidak popular. Malah GST sebenarnya telah di bincangkan sejak dari 1980an lagi sewaktu pemerintahan Tun M. Jadi di mana asasnya dakwaan Tun, pengenalan GST merupakan kesilapan dan mengakibatkan Umno dan Barisan Nasional akan tumbang pada pilihanraya yang akan datang.

    Penulis melihat, apa yang di huraikan oleh Perdana Menteri jelas mencakupi semua persoalan yang di timbulkan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini. Penulis tertarik dengan satu persoalan, adakah semua ini akan berakhir? Jauh di hati penulis, ya penulis mengharapkan kemelut ini segera berakhir di tambah lagi dengan solidariti yang di tunjukkan kepada Dato Seri Mohd Najib. Tetapi sebenarnya kemelut ini masih belum benar-benar berakhir. Akan ada isu berbangkit dan akan berterusan menyerang pentadbiran Dato Seri Mohd Najib seolah-olah terdapat agenda rahsi bagi menjatuhkan beliau. Nasihat penulis, berhentilah menyerang dan terus menyerang. Memetik kata-kata Perdana Menteri sebentar tadi, tiada manusia yang sempurna. Sepanjang pemerintahan Tun juga tidak sempurna. Begitu juga beliau. Akan tetapi beliau sentiasa membuka pintu untuk sebarang kritikan membina untuk mengemas kinikan pemerintahan beliau demi Agama, Bangsa dan Negara

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ADAKAH KEMELUT BAKAL BERAKHIR??? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top