My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 7 April 2015

    HUKUMAN JENAYAH SYARIAH NEGERI TERENGGANU

    Seperti kita sedia maklum, Terengganu merupakan salah sebuah negeri pertama yang melaksanakan hukuman jenayah Syariah (Takzir) yang mula di kuatkuasakan pada 1hb Ogos 2002. Pelbagai dakwaan mendakwa hukum takzir ini berkuatkuasa tanpa mengira tempat malah saman yang di keluarkan harus di selesaikan di situ juga adalah jelas karut dan bidaah. Kerana menurut Ustaz Zaki yang ditemui semasa persidangan Meja Bulat di Terengganu baru-baru ini, dakwaan sedemikian jelas mengarut. Menurut beliau, perlaksanaan hukuman bukanlah 100% mengikut garis panduan yang di tetapkan. Sebaliknya pesalah yang di kesan oleh pegawai Syarie, akan di panggil ke pejabat untuk di beri kaunsling terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan drastik di ambil.

    Enakmen Syariah Negeri Terengganu sebenarnya telah mendapat persetujuan Di Raja pada 21hb Oktober 2001 dan telah di siarkan dalam warta pada 22hb November 2001. Tidak ramai yang mengetahui Enakmen berkenaan telah mula di laksanakan pada 1hb Ogos 2002 (Tr. GN. 408/02).

    Enakmen berkenaan di bahagikan kepada 8 bahagian utama iaitu :

    1. Permulaan dan penerangan Enakmen Syariah
        - Seksyen 1 - Penerangan mengenai tajuk ringkas, permulaan perlaksanaan dan dan kod etika pemakaian
        - Seksyen 2 - Tafsiran undang-undang Syariah

    2. Kesalahan yang berhubungan dengan Aqidah
        - Seksyen 3 - Pemujaan salah
        - Seksyen 4 - Dokrin palsu
        - Seksyen 5 - Mengembangkan dokrin agama dan sebagainya
        - Seksyen 6 - Dakwaan palsu
        - Seksyen 7 - Mendakwa bukan Islam (Murtad)

    3. Kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya
        - Seksyen 8 - Menghina atau menyebabkan agama Islam di ppandang hina
        - Seksyen 9 - Mempersendakan dan lain-lain ayat-ayat Al Quran dan Hadis
        - Seksyen 10 - Menghina dan mengingkari pihak berkuasa
        - Seksyen 11 - Mengingkari perintah mahkamah
        - Seksyen 12 - Pendapat yang bertentangan dengan fatwa
        - Seksyan 13 - Mengeluarkan fatwa mengikut diri sendiri
        - Seksyen 14 - Penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak
        - Seksyen 15 - Memutar belitkan ajaran Islam dan hukum hakam yang telah termaktub dalam agama Islam
        - Seksyen 16 - Tidak menunaikan solat Jumaat
        - Seksyen 17 -  Menunaiikan sembahyang Jumaat di tempat yang tidak di benarkan
        - Seksyen 18 - Tidak menunaikan sembahyang fardhu
        - Seksyen 19 - Tidak menghormati bulan Ramadhan
        - Seksyen 20 - Tidak membayar zakat fitrah
        - Seksyen 21 -  Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama Islam
        - Seksyen 22 - Berjudi
        - Seksyen 23 - Meminum minuman yang memabukkan
        - Seksyen 24 - Perbuatan Sumbang Mahram

    4. Kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan
        - Seksyen 25 - Perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri
        - Seksyen 26 - Perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan isteri atau kanak-kanak dalam peliharaannya
        - Seksyen 27 - Melacurkan isteri atau anak
        - Seksyen 28 - Muncikari (bahasa mudahnya-bapak ayam)
        - Seksyen 29 - Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah
        - Seksyen 30 - Musahaqah
        - Seksyen 31 - Khalwat
        - Seksyen 32 - Persetubuhan dengan bukan manusia (binatang)
        - Seksyen 33 - Orang lelaki yang berlagak/berkelakuan seperti perempuan
        - Seksyen 34 - Perbuatan tidak sopan di tempat awam
        - Seksyen 35 - Mendedahkan tubuh di tempat awam
        - Seksyen 36 - Mewatie

    5. Kesalahan yang berhubungan dengan keadilan dan ketenteraman awam
        - Seksyen 37 - Memberi keterangan, maklumat atau penyataan palsu
        - Seksyen 38 - Takfir
        - Seksyen 39 - Memusnahkan atau menceemarkan masjid atau surau
        - Seksyen 40 - Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa
        - Seksyen 41 - Pembayaran tidak sah akan zakat atau fitrah
        - Seksyen 42 - Menggalakkan maksiat
        - Seksyen 43 - Memujuk lari wanita yang bersuami
        - Seksyen 44 - Menghalang pasangan yang sudah bernikah dari hidup sebagai suami isteri
        - Seksyen 45 - Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan
        - Seksyen 46 - Memujuk lari seorang perempuan
        - Seksyen 47 - Menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam
        - Seksyen 48 - Anak dara yang lari daripada jagaan
        - Seksyen 49 - Penyalahgunaan tanda halal
        - Seksyen 50 - Mengganggu perhimpunan agama atau upacara agama
        - Seksyen 51 - Mengeji atau menghina undang-undang
        - Seksyen 52 - Kata-kata yang memecahkan keamanan
        - Seksyen 53 - Mengganggu perempuan di tempat awam
        - Seksyen 54 - Kerahsiaan

    6. Penyubahatan dan percubaan
        - Seksyen 55 - Penyubahatan
        - Seksyen 56 - Menyubahati di Negeri Terengganu kesalahan di luar Negeri Terengganu
        - Seksyen 57 - Hukaman yang di kenakan bagi penyubahatan
        - Seksyen 58 - Tanggungan Penyubahhatan jika perbuatan lain yang dilakukan
        - Seksyen 59 - Percubaan

    7. Kecualian am
        - Seksyen 60 - Perbuatan Hakim apabila bertindak secara kehakiman
        - Seksyen 61 - Perbuatan yang di lakukan menurut penghakiman atau Perintah Mahkamah
        - Seksyen 62 - Perbuatan yang di lakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang
        - Seksyen 63 - Perbuatan kanak-kanak yang belum baligh
        - Seksyen 64 - Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal
        - Seksyen 65 - Perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan

    8. Perkara-perkara am yang berkaitan.
        - Seksyen 66 - Penetapan pusat pemulihan atau rumah jagaan yang di luluskan Mahkamah
        - Seksyen 67 - Kuasa Mahkamah untuk mengkommitkan orang yang di sabitkan ke pusat pemulihan yang di luluskan
        - Seksyen 68 - Kuasa Mahkamah untuk mengkomitkkan pesalah perempuan ke rumah yang di luluskan
        - Seksyen 69 - Kecualian

    Daripada penilaian penulis, rang undang-undang ini begitu sempurna untuk di implimentasikan dalam pemerintahan Negeri. Jika kita perhalusi, senarai Enakmen berkenaan juga di guna pakai oleh Kerajaan Persekutuan di dalam Enakmen Syariah serta kesemua ini belandaskan nas dan syariaat yang di tetapkan oleh Islam. Selepas mendengar, membaca dan memahami undang-undang syarie ini, apa yang penulis lihat boleh dikatakan pembangkang di Terengganu (PAS khususnya) hampir tiada isu yang mahu di utarakan kecuali tindakan tidak matang parti picisan yang ada di Terengganu. Untuk keterangan lanjut, boleh layari http://www.esyariah.gov.my untuk sebarang kemusykilan

    Sekali lagi penulis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah untuk barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu
    ,

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 comments:

    1. Terengganu mendaulatkan Islam.

      ReplyDelete
    2. tahun diluluskan undang2 takzir tu 2001@2002..sapa yg perintah terengganu waktu tu?kesian awak..

      ReplyDelete

    Item Reviewed: HUKUMAN JENAYAH SYARIAH NEGERI TERENGGANU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top